Jumaat, 11 September 2009

PENGUMUMAN: PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 KE SABK DAERAH BATANG PADANG BIDOR

Adalah dimaklumkan Permohonan kemasukan pelajar tingkatan 1 ke sekolah ini telah di buka mulai sekarang.Di bawah ini disertakan surat tawaran dari JPN berkaitan tawaran tersebut dan untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi atau datang sendiri ke sekolah pada waktu pejabat...

TAWARAN DAN SYARAT PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN 1 SEKOLAH-SEKOLAH IPPA (SABK)NEGERI PERAK

1. MAKLUMAN:

Sekolah-sekolah IPPA JPN Negeri Perak adalah Sekolah-Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)yang terdapat diseluruh negeri Perak. Semua sekolah-sekolah IPPA menawarkan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan subjek-subjek Akademik biasa serta subjek-subjek Pendidikan Agama dan Bahasa Arab dengan kemudahan asrama. Penawaran tempat di asrama bergantung kepada kekosongan. Terdapat 23 buah sekolah IPPA Jabatan Pelajaran Negeri Perak iaitu 21 buah sekolah menengah dan 2 buah sekolah rendah.

2. SYARAT KEMASUKAN:

Calon-calon hendaklah
1. Memperolehi keputusan sekurang—kurangnya 2A dan lulus semua matapelajaran dalam ujian UPSR tahun semasa.
2. Mendapat sekurang-kurangnya 3A dan lulus semua matapelajaran dalam ujian UPKK
3. Lulus semua matapelajaran dalam ujian PKSR Agama Tahun 6
4. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
5. Boleh menguasai JAWI ( menulis dan membaca ) dengan baik

3. BORANG PERMOHONAN MASUK:

1. Format borang yang telah disediakan oleh pihak BPI / SPI di tahun 2008 diguna pakai.
2. Borang permohonan masuk boleh diperolehi di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan, PPD dan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri.
3. Tarikh tutup permohonan pada 1 Oktober 2009. Calon dikehendaki menghantar keputusan UPSR ke sekolah yang dipohon dalam tempoh 7 hari bekerja selepas keputusan UPSR diumumkan.
4. Ujian pemilihan khas ( bertulis, menulis dan membaca petikan dalam tulisan JAWI dan membaca Al-Quran ) akan diuruskan oleh pihak pengurusan sekolah yang terlibat sahaja.

5. Sekolah ( SABK – Pilihan ) dikehendaki menyediakan
4.1. BORANG A surat akuan menerima borang permohonan ( BORANG A )
4.2. BORANG B untuk dikembalikan ke sekolah pilihan bersama-sama keputusan UPSR yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah asal.

6. Calon-calon yang berjaya akan dimaklumkan dengan surat beserta senarai / bahan keperluan untuk dibawa semasa pendaftaran.

9 ulasan:

  1. BAGAIMANAKAH UNTUK MEMBUAT RAYUAN PERMOHONAN YG GAGAL BAGI KEMASUKAN TINGKATAN SATU 2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak saya juga telah dapat KEPUTUSAN GAGAL dlm permohonan tersebut, bagaimanakah untuk membuat RAYUAN tersebut.....NORAZIZI MOHAMED TAJUDDIN ( aziziehti76@yahoo.com.my ) bapa kepada NURIN FARAHIYAH BINTI NORAZIZI.

      Padam
  2. mcm mna nak bt permohonan kr tingkatan 4?

    BalasPadam
  3. apakah syarat hendak memohon sk ini ketika tingkatan 2

    BalasPadam
  4. apakah syarat hendak memohon sk ini ketika tingkatan 2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bgaimana utk kemasukan pelajar ting 2

      Padam
  5. Assalamualaikum,saya nak pendaftaran untuk murid ke tingkatan 1 masih terbuka lagi ke?

    BalasPadam
  6. Skrg blh mohon lagi ke tuk kemasukan thun depan tgkatan 1

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum kemasukan tingkatan
    1 seisi 2022 bila di buka ya

    BalasPadam