Isnin, 7 September 2009

MAJLIS BACAAN YASIN & BERBUKA PUASA

Alhamdulillah semalam (6 sept 2009) satu lagi program telah terlaksana iaitu Majlis bacaan yasin dan berbuka puasa...alhamdulillah kehadiran ibu bapa amat menggalakkan.

Majlis petang semalam diadakan di surau An-Nur iaitu surau sekolah seawal 6.15 petang di mana majlis dimulakan dengan ucapan tuan pengetua diikuti dengan bacaan yasin dan tahlil,berbuka puasa,solat maghrib,solat isyak dan solat tarawih..jamuan selepas solat maghrib diadakan di dalam dewan sekolah..terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya ibu bapa pelajar walaupun ada diantaranya datang dari jauh,juga tidak lupa kepada PIBG,Lembaga Pengelola sekolah,guru-guru serta anak didik yang memberikan layanan dan kerjasama yang baik...

Di bawah adalah foto-foto yang sempat dirakamkan...tengok-tengokla kalau-kalau ada gambar sendiri...tapi harap maaf gambar tidak memuaskan dan tidak disusun mengikut turutan.....

Ustaz Pauzi. (gambar kiri) antara Lembaga pengelola sekolah yang hadir..bersama dengan ustaz Zulmajdi dan ustaz Azri...(tukang taip dan tukang ambik gambar ada kat depan ustaz Pauzi..)
Antara ibu bapa yang hadir....selain dihidangkan dengan juadah..hadirin juga dihidangkan dengan tayangan video pelajar cemerlang.....

SEMPAT LAGI..ni antara yang berada disurau untuk kaum ibu...

SOLAT TARAWIH....
ALUAN....Pengetua memberikan ucapan aluan kepada semua hadirin...disebelahnya ustaz Hamdi (Pengerusi Lembaga Pengelola)dan En Adnan (YDP PIBG)....
SIRAP LIMAU....Antara menu wajib...gulai lemak ikan masin,ayam masak kicap, ulam dengan sambal,ikan keli masak pedas...kuih-muih, tembikai dan epal..dadih pun ada buat pencuci mulut..tisu untuk lap mulut...(sekadar nak bercerita kepada yang tak datang)...
SERONOK DAN TERHARU....tengok ibubapa yang dapat hadir walaupun datang dari jauh...
KAUM IBU....
PADAT...harap-harap surau kita dapat diperbesarkan lagi....
Kad jemputan..........
RENUNGAN
HAI ORANG YANG BERIMAN, JADIKANLAH SABAR DAN SEMBAHYANG SEBAGAI PENOLONGMU. SESUNGGUHNYA ALLAH BERSERTA ORANG YANG SABAR - MAKSUD AL-QURAN (AL-BAQARAH)
BUDI PEKERTI YANG BAIK IALAH JIKA ENGKAU MENYAMBUNGKAN SILATURRAHIM KEPADA ORANG YANG MEMUTUSKAN PERSAHABATAN DENGANMU - MAKSUD HADITH RASULULLAH S.A.W.
ANDA TIDAK DAPAT MENGGEMBIRAKAN SEMUA ORANG DENGAN HARTA BENDA. OLEH ITU GEMBIRAKANLAH MEREKA DENGAN SENYUMAN BERSERI DAN IKHLAS LUHUR (MAKSUD HADITH)
DAN CARILAH APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN ALLAH KEPADAMU KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT DAN JANGANLAH KAMU LUPAKAN NASIB KAMU DI DUNIA. DAN BERBUAT BAIKLAH KEPADA ORANG LAIN - SEBAGAIMANA ALLAH TELAH BERBUAT BAIK KEPADA KAMU. DAN JANGANLAH KAMU BERBUAT KERUSAKAN DI BUMI KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN KERUSAKAN. (SURAH AL QASHASH - AYAT 77)

SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA ITU DALAM KEADAAN YANG PALING BAIK. KEMUDIAN KAMI KEMBALIKAN DIA DALAM DARJAT YANG PALING RENDAH KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. MAKA BAGI MEREKA GANJARARAN YANG TIDAK TERHINGGA. (MAKSUD SURAH AT THIIN - AYAT 4 - 6)


SELAMAT BERPUASA....


DARI KAMI WARGA SABK DAERAH BATANG PADANG.



JUMPA LAGI INSYA ALLAH
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENGARAH PPD BATANG PADANG
15 SEPTEMBER 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan