Sabtu, 5 September 2009

ANTARA YANG SEMPAT DIRAKAM

MESRA...Tuan Pengetua memberikan sokongan moral kepada peserta anyaman ketupat..tertunggu jugak ingatkan pengetua nak tunjuk skil mengayam ketupat
PELBAGAI AKSI...Pertandingan teka silangkata yang diadakan di Surau An-Nur..terima kasih suami ustazah Hidayah pun turut membantu...tapi kesian terpaksa bersila je...
FOKUS.....Pertandingan tulisan khat diadakan di kantin sekolah....tulis khat je ye..makan tak de ..
"DAFTAR DULU!!!!..."Jerit Ustazah Fadzillah antara guru yang mengendalikan kuiz Ramadhan
LELAKI PUN BOLEH!!!..Ketua Murid sdr. Salam dan Zofir...antara peserta lelaki yang mencabar dalam pertandingan mengayam ketupat...
BERBAKAT....Rupanya ramai yang berbakat dalam seni gubahan hantaran...lepas ni guru-guru yang berhajat nak kenduri kahwin bolehla tempah...senyum Ustazah Rokiah kita....
KENAPA? TAK PECAYA YE???..Inilah rupanya guru segala ketupat..Ustaz Hailisam,Ustaz Syahrul dan Ustazah Faridah.. sedang buat demonstarasi cara mengayam ketupat yang sebenonya...(gambar di bawah pertandingan hafazan di bilik tayangan...masuk bilik ni semua serius...maklumla..baca quran tak boleh main-main..tambah pulak semua guru kaum ibu...(Ustazah Nadia pun bakal kaum ibu)
Mulai jam 10.00 pagi tadi sehingga 12.00 tengahari ini berlangsungnya Program Sempena Ihya Ramadhan yang melibatkan aktiviti-aktiviti pelajar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan