Jumaat, 25 Mac 2011

KEJAYAAN BERGANDA

Alhamdulillah 2010 tahun cemerlang buat warga sekolah,kejayaan demi kejayaan kini telah tercipta antaranya ialah:
1. Kejayaan dalam PMR- sebanyak 7 anugerah diperolehi dari PPD dan JPN Perak,
2. Kejayaan dalam SPM- 9A terbaik -tempat ke-3 dalam daerah,ke-3 antara SABK
3. Kejayaan dalam Azhariah (I'dadi)-38 dari 66 orang mendapat Mumtaz,jayid jiddan 23 dan 5 jayid.

Tahniah kepada semua.Semoga tahun 2011 kejayaan terus menjadi milik kita..

*Sila layari facebook sekolah (sabk bidor) untuk maklumat dan info terkini.

Info semasa:
Insya Allah Esok 26 Mac 2011 SABK Bidor akan menjadi tuan rumah MTQ bagi zon 2.

Rabu, 23 Februari 2011

MAKLUMAN

Perhatian kepada semua pengunjung blog sekolah ini,sila layari laman facebook sekolah untuk mengikuti program-program terkini.
Antara yang menarik ialah:
1. Acara Merentas Desa
2. Sambutan Maulidur Rasul.

Sekian terima kasih...

Selasa, 1 Februari 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010 DAN MESYUARAT PIBG

INFO:
Assalamualaikum wmt.wbth.
Pihak sekolah mengalu-alukan ibubapa/penjaga pelajar SABK Daerah Batang Padang Bidor ke program seperti kenyataan berikut:

PROGRAM : HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN MESYUARAT PIBG
TARIKH:2 FEBRUARI 2011
HARI:RABU
TEMPAT: DEWAN UTAMA SEKOLAH.

#Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan dapat memeriahkan lagi majlis ini serta dapat mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah dan ibubapa.

Sabtu, 8 Januari 2011

PROGRAM DAN AKTIVITI MINGGU PERTAMA 2011

Assalamualaikum wmt.wbth. Selamat datang dan selamat kembali buat seluruh warga SMA Daerah Batang Padang.Minggu pertama sesi persekolahan telah pun berlalu,mohon maaf kerana lewat untuk memaparkan aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ini.
Antara aktiviti yang telah berlangsung ialah:
1. 2 Januari Pendaftaran pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5
2. 3 Januari Sesi persekolahan bermula. Warga sekolah telah dikunjungi oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Tuan Hj Wan Ramzdzan B. Wan Mamat serta Tn Hj Bahrudin B. Sulaiman dan Tn Hj Muddakir B. Masron dari PPD Batang Padang
3. 5 Januari Pendaftaran Pelajar Baru tingkatan 1,2,3,4 dan 5 melibatkan 70 pelajar tingkatan 1,4orang pelajar tingkatan 2 dan 4,6 orang tingkatan 4 dan seorang tingkatan 5.
4. Mulai 5 Januari Minggu Orentasi Pelajar Tingkatan satu
4. 6 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali Pertama
5. 8 Januari Mesyuarat Lembaga Pengelola Sekolah.