Rabu, 27 Januari 2010

RENUNGAN











Celaka dan Bahagia

Muhammad Ibnu Dauri berkata :

Iblis itu celaka kerana 4 perkara , iaitu :

1. Tidak pernah mengakui dosa yang dilakukannya

2. Tidak pernah menyesal setelah melakukan perbuatan dosa

3. Tidak pernah punyai niat untuk bertaubat

4. Putus asa dari rahmat Allah

Sebaliknya, Nabi Adam a.s bahagia kerana 5 perkara iaitu ,

1. Mahu mengakui dosa yang pernah beliau buat

2. Menyesali dosa-dosanya

3. Mencela dirinya sendiri ( kerana melakukan sesuatu kesalahan )

4. Segera bertaubat ( setiap kali melakukan kesalahan )

5. Tidak putus asa dari rahmat Allah.





Nikmat Hidup

Hatim al-Ahsan mengatakan:

Ada 4 perkara yang hakikatnya hanya boleh diketahui oleh 4 golongan yang pernah merasakannya, iaitu ;-
1. Masa muda tidak terasa nikmatnya, kecuali bagi mereka yang sudah tua
2. Keselamatan tidak terasa nikmatnya kecuali oleh mereka yang terkena musibah
3. Kesihatan badan tidak terasa nikmatnya, kecuali oleh mereka yang sedang jatuh sakit
4. Hidup ini tidak terasa nikmatnya, kecuali oleh mereka yang sudah mati..

Selasa, 26 Januari 2010

SUKAN TARA 2010 BERMULA

Ni dia tampletnya...
Juruletih dan jurulatih...
Kata-kata semangat dan jampi sebelum memulakan acara...
Senyum tanda seronok mengalahkan pelajar....
Lontar peluru sambil senyum sebab nak masuk blog sekolah...

Info:
Sukan Tara 2010 selama dua hari telah pun bermula mulai petang ini..sebanyak 3 acara yang dipertandingkan iaitu acara 100m,lompat jauh dan lontar peluru..petang ini dua buah rumah iaitu Rumah Bilal dan Rumah Muaz akan beradu kekuatan..manakala pada hari esok rumah Khalid dan rumah Hamzah..semua acara bermula pada pukul 3.30 petang...majulah sukan untuk sekolah...mudah mudahan niat kita bersukan untuk memberi kekuatan minda dan fizikal..disamping mengurangkan obesiti...

JAMUAN HARI JADI (BULAN JANUARI)

LAMBAT.. Kek telah dipotong...
SUKANYA...Maklumla makan free..
Antara staf yang turut serta...........
Info:
Hari ini waktu rehat(guru-guru,staf dan pekerja kawasan)semuanya senyum simpul kerana dapat makan free..semuanya kerana guru-guru dan staf yang menyambut ulang tahun kelahiran dalam bulan Januari mengadakan jamuan...wah..mewah jugak jamuannya..khabarnya sesiapa nak mengulang 2-3 kali pun tak kisah..jamuan akan terus berlangsung hingga tengahari atau sehingga habis...sesiapa yang berkesempatan bolehla sekali lagi menjenguknya..apa pun kami semua yang tolong makan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru dan staf yang menyambut ulang tahun kelahiran dalam bulan Januari ini..
1. Pn Rodziah Adam
2. Cik NoorAtiqah Abdul Rahman
3. Cik Azlin Amran
4. Pn Faridah Shari
5. Pn Rokiah Yunos
6. Pn Zainun Daud
7. Pn Aznol Huda Abdul Rani

semoga panjang umur dan murah rezeki..tahun depan jangan lupa buat lagi..maaf gambar tak banyak yang sempat dizoom...kamera masih sakit...

Sabtu, 23 Januari 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG

YDP PIBG dan Pengetua memberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Pegawai PPD Tuan Hj Mat Noh B. Supaat setelah mersamikan mesyuarat.
Antara tetamu yang hadir...
INFO:
Alhamdulillah selepas Majlis Hari Anugerah tepat jam 10.30 pagi Mesyuarat Agung PIBG sekolah pula diadakan...Alhamdulillah kehadiran ibubapa amat-amat menggalakkan..terima kasih kepada semua yang hadir...

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR

Tahniah...dua orang pengerusi di bawah bimbingan Cik Siti Rohani..ada 'kelasnya' tersendiri.
MENGHIBURKAN ..Persembahan nasyid juga cukup menghiburkan di bawah bimbingan En. Syahrul Izwan dan Cik Noor Atiqah Abd Rahman..
BERSEMANGAT...Antara wajah-wajah harapan...
Sebahagian daripada pelajar lelaki....
TETAMU VIP...

INFO :
Alhamdulillah tepat jam 10 pagi tadi Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi sesi 2009 selamat dilaksanakan.Majlis di rasmikan oleh Tuan PPD Tuan Hj Mat Noh Bin Supaat.Tahniah kepada semua yang menerima anugerah..juga tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini..tidak lupa terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir memberi sokongan.Alhamdulillah dari setahun kesetahun sambutan dari ibubapa dan penjaga amat menggalakkan.Bersama ini sedikit foto yang sempat dirakam...juga disediakan slide disebelah kanan..tapi harap maaf gambar tak banyak..kamera saya 'merajuk'...

Jumaat, 22 Januari 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN MESYUARAT AGUNG PIBG

INFO:
Pihak sekolah dengan ini menjemput Ibubapa dan penjaga pelajar SABK Daerah Batang Padang Bidor untuk menghadiri dua program iaitu:

1.Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Menandatangani Kad Prestasi Pelajar
Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi-10.00 pagi
Tempat :Dewan Sekolah

2.Mesyuarat Agung PIBG SABK Daerah Batang Padang Bidor
Tarikh :23 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi-12.00 tghri
Tempat :Dewan Sekolah.

Kehadiran ibubapa dan penjaga amatlah diharapkan.Segala perhatian dan kerjasama dari pihak ibubapa dan penjaga diucapkan ribuan terima kasih.

Rabu, 20 Januari 2010

KELAS TARANUM

INFO:
Alhamdulillah bermula semalam kelas taranum untuk pelajar-pelajar asrama yang berminat telah pun bermula..kelas tersebut dikendalikan oleh Ustaz Zainal Asmawi salah seorang Qari yang pernah mewakili Negeri Perak.Saya sempat bertemu beliau malam tadi tetapi mohon ribuan kemaafan kerana tidak berkesempatan untuk merakamkan foto-foto suasana di dalam kelas tersebut..

Sabtu, 16 Januari 2010

AKTIVITI HARI SABTU DI ASRAMA

Ada yang bertandang ke pusat sumber sekolah.....
Pelajar aspura tingkatan 1 nampaknya dah mula membiasakan diri....aktivitinya mainla apa lagi...


Kakak-kakak senior mengadakan aktiviti permainan bersama pelajar tingkatan 1...siap beli tepung lagi...


Pengunjung setia pusat sumber sekolah...


Antara pelajar aspuri tingkatan 1...

INFO:
Serba sedikit berkongsi aktiviti anak-anak didik di asrama bila waktu cuti....teringat zaman sekolah dulu...



PEMILIHAN ATLIT SEKOLAH

Menunggu giliran untuk acara lompat tinggi...
Sempat memberi pose istimewa sebelum merejam lembing...

Tukang bancuh air...



Sebenarnya saya ingin mengambil gambar pelajar yang berada di belakang sedang mengambil tempat untuk merejam lembing..

Antara guru-guru yang letih melatih...(suka tengok gaya muka dan tangan guru-guru tu..nampak beno letihnya)

INFO :
Sekarang sedang berlangsung aktiviti pemilihan atlit bagi mewakili sekolah dalam pelbagai acara..antaranya ialah lontar peluru,rejam lembing,lompat tinggi serta acara balapan...berikut adalah foto-foto yang sempat saya rakamkan..



Jumaat, 15 Januari 2010

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

gerhana matahari cincin

Gerhana Matahari Cincin pada 26 Januari 2009

Info:

Petang ini sebagaimana yang sedia maklum(antara jam 3.00-5.00 petang) dijangka berlakunya gerhana matahari.Insya Allah Surau An-Nur SABK Batang Padang akan mengadakan solat Sunat Gerhana Matahari .Semua dijemput hadir.Oleh itu sebagai renungan dan panduan di bawah ini sedikit panduan berkaitan Solat Sunat Gerhana.


Zaman Rasulullah s.a.w., pernah terjadi gerhana matahari dan bertepatan dengan kematian putera beliau, Ibrahim. Masyarakat berkomentar dan menghubungkan gerhana tersebut dengan kematian putera tercinta Rasulullah s.a.w. Kerana pendapat yang keliru itu akan membawa kesyirikan, maka Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana karena matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali."

Cara Solat Gerhana

Ada beberapa cara mengerjakan solat gerhana pengamalan zaman Nabi Muhammad s.a.w.:

1. Dikerjakan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunnat biasa

2. Dikerjakan 2 rakaat, yang pada setiap rakaat ruku'nya dilakukan dua kali, yaitu sesudah membaca Al Fatihah dan surah, lalu ruku. Bangun i'tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lalu ruku yang kedua. Kemudian i'tidal lagi dengan tu'maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang kedua, kemudian bangkit berdiri untuk rakaat yang kedua. Pada rakaat yang kedua ini, ruku dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian diakhiri dengan tahiyat.

Solat gerhana dapat dikerjakan secara berjamaah. Sebaiknya setelah solat dilakukan khutbah seperti pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada hal-hal yang bermanfaat, seperti anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma'ruf nahi munkar; dan jangan lupakan keterangan tentang gerhana itu sendiri.

"Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; "Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad s.a.w maka diserukan: "Ash-shalaatu jaami'ah (tegakkanlah solat berjamaah)". Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad s.a.w. ruku dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua Nabi Muhammad s.a.w ruku dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: "Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu". (Hr Bukhari dan Muslim).

3. Dikerjakan dengan dua rakaat, tetapi pada tipa-tiap rakaat dilakukan 3 kali ruku dan 2 kali sujud.

4. Dikerjakan 2 rakaat, tetapi tiap-tiap rakaatnya dilakukan 4 kali ruku dan 2 kali sujud.

PERLANTIKAN KETUA DAN TIMBALAN KETUA UMUM SERTA IKRAR PENGAWAS SESI 2010

IKRAR..Diketuai oleh Ketua Umum..
Barisan kepimpinan..pengawas puteri..
Timbalan Ketua Umum..Adik Amirah bersama guru Ko-Ku dan guru disiplin..
Gimik perlantikan...
Info:Alhamdulillah sebentar Majlis Ikrar Pengawas-Pengawas bagi sesi 2010 telah diadakan .Sebelum itu pada majlis itu juga diumaumkan Perlantikan Ketua Umum dan Timbalannya.Bagi sesi 2010 iaitu Muhammad Faqih B. Mohd Arif sebagai Ketua Umum dan Nor Amirah Bt. Ramli sebagai Timbalan.Tahniah kepada semua yang telah dilantik semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU ORENTASI TINGKATAN 1 2010

Senyum simpul anak-anak bongsu SABK Bidor bila tampil menerima hadiah.
Suasana.....
Ucapan Perasmian dari Tuan Pengetua.
Hadiah...
Hadiah lagi..
Antara barisan guru dan murid lelaki...
Info :Sebentar tadi tepat jam 7.15 pagi berlangsungnya Majlis Penutupan Minggu Orentasi Tingkatan 1 bagi sesi 2010.Walaupun majlis berlangsung secara ringkas tetapi penuh dengan suasana santai dan kekeluargaan.Tahniah kepada semua jawatankuasa pelaksana dan semua yang terlibat.

Selasa, 12 Januari 2010

AKTIVITI PETANG INI

BIMBING...Ustaz Azri selaku salah seorang guru penasihat sedang memberi taklimat.
Info:
Sebentar tadi jam 3.30 petang semua Kelab dan Persatuan telah mengadakan mesyuarat bagi perlantikan jawatankuasa untuk sesi 2010.Oleh kerana saya salah seorang guru penasihat Kelab SLAD (Skim Lencana Anti Dadah) maka gambar yang sempat diambil hanya Kelab SLAD sahaja.


SELAMAT HARI LAHIR


5

Kepada semua guru-guru dan staf yang menyambut ulang tahun kelahiran dalam bulan Januari ini..

1. Pn Rodziah Adam
2. Cik NoorAtiqah Abdul Rahman
3. Cik Azlin Amran
4. Pn Faridah Shari
5. Pn Rokiah Yunos
6. Pn Zainun Daud
7. Pn Aznol Huda Abdul Rani

-Juga tidak lupa ucapan ini buat semua anak didik yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini.
*Sebagai renungan tengok-tengok la Karektor Bulan Kelahiran mengikut kajian Dato Fadilah Kamsah (catatan di sebelah kanan)

INFO TERKINI

PERISTIWA SEMALAM

1.Jam 2.30 petang Panitia-panitia matapelajaran mula bermesyuarat selaras dengan apa yang telah dirancang di dalam taqwin.
2.Jam 3.30 petang rumah-rumah sukan telah mengadakan perjumpaan.Tahun ini rumah-rumah sukan dikenali sebagai Rumah Khalid (Kuning),Hamzah(Hijau),Bilal(Biru) dan Muaz (Merah)...
3.Laluan ke kantin dibaik pulih dan telah ditar bagi kemudahan kepada semua.
4.Mesyuarat guru bagi Program Hari Kecemerlangan dan Mesyuarat PIBG..

Jumaat, 8 Januari 2010

UBAT PENING KEPALA

MAAF..MAAF..MAAF..

Mohon maaf kepada semua pengunjung blog kerana perubahan yang 'menghilangkan' banyak gajet dalam blog ini...semuanya kerana gatal tangan..insya allah..'tikus yang membaiki labu' ini akan cuba memperbaiki blog ini sebaik mungkin...

Rabu, 6 Januari 2010

PERISTIWA HARI INI

Sejak kebelakangan ini banyak sangat peristiwa yang berlaku di SABK Batang Padang tetapi saya mohon jutaan kemaafan kerana kadang-kadang tiada kesempatan untuk mencoretkan catatan buat tatapan pengunjung dan pemerhati setia...pelbagai alasan sebenarnya tidak perlu untuk sekadar menyedapkan hati..tapi insya allah saya akan cuba menyahut kata-kata Tuan KS tempohari.."selalulah mendahului masa"......untuk itu sedikit coretan tentang apa yang berlaku di SABK Bidor ketika ini...

Hari ini..06/01/10 mulai jam 8.00 pagi pendaftaran pelajar tingkatan 2-5..pendaftaran hanya diadakan di bilik mesyuarat tanpa mengganggu P&P..ramai yang memohon tetapi kami hanya mampu menyediakan sekadar mengisi ruang keperluan..sehingga saat saya menulis ini pun di luar sana ada ibu bapa yang merayu untuk menjadi warga SABK Bidor..semua yang terlibat bertungkus lumus melayan karenah dan gelagat ibubapa dan pelajar..

3.00 Petang..Program Bersama Pelajar Baru Tingkatan 1 berlangsung seperti yang dijadualkan..program ini berlangsung mulai semalam..saya diberi kesempatan dan ruang mengisi slot untuk bertemu dengan 'adik bongsu' pada jam 3.30 petang ..alhamdulillah semuanya ceria dan bersemangat...tetapi saya amat terkilan kerana tidak dapat merakamkan detik-detik yang berlaku.....kerana kamera saya kadang-kadang jem...itulah sebenarnya penyebab blog ini 'mendung' seketika...

Tidak lupa..terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai dari PPD yang sudi hadir..
1)Tn Hj Bahrudin B. Sulaiman,Tn Hj Muddakir B. Masron dan Tn. Hj Abdul Halim B. Musa yang hadir pada jam 7.45 pagi
2)En Dzulkifli B. Ramli Timbalan PPD (Pengurusan sekolah & Organisasi) yang hadir jam 3.45 petang...

Selasa, 5 Januari 2010

SEMALAM YANG HANGAT

Sejarah...
TARIKH : 04/01/10
HARI:Isnin
INFO: Semalam boleh kira sebagai hari yang paling 'meriah' di SABK Bidor...sejak subuh lagi hujan renyai-renyai menyelubungi bumi Sabk Batang Padang... jam 6.50 pagi kami dikejutkan dengan kehadiran Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Tuan Hj Wan Ramzan B. Wan Mamat untuk membuat pemantauan hari pertama sesi persekolahan...semua warga Sabk bagaikan melupakan segala yang lain melainkan fokus kepada apa yang akan kami terima komen-komen dan kritikan dari KS..dan menambahkan lagi kemeriah, hari itu juga merupakan hari pendaftaran pelajar baru tingkatan 1...bagaikan semua yang dibuat serba tak kena..masa berlalu dan terus berlalu..pendaftaran tetap pendaftaran..taklimat untuk ibubapa tetap dijalankan pada masa yang ditetapkan..alhamdulillah pendaftaran selamat dan selesai...tapi pemantauan pun tetap pemantauan..jam 2.20 petang semua diminta berkumpul di bilik mesyuarat...ah!! habis!! pelbagai tanggapan bersarang disetiap kami...memang kami akui banyak kelemahan..tepat jam 2.30 ptg Tn KS memberikan ulasan dan teguran...alhamdulillah bagaikan teguran seorang ayah..semua dapat menerima komen dan teguran dengan lapang dada...Terima kasih KS Tuan Hj Wan Ramzan B. Wan Mamat..

Kepada ibubapa yang mendaftarkan anak ke SABK Batang Padang..pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih...mohon maaf sekiranya ada kekurangan...