Selasa, 5 Januari 2010

SEMALAM YANG HANGAT

Sejarah...
TARIKH : 04/01/10
HARI:Isnin
INFO: Semalam boleh kira sebagai hari yang paling 'meriah' di SABK Bidor...sejak subuh lagi hujan renyai-renyai menyelubungi bumi Sabk Batang Padang... jam 6.50 pagi kami dikejutkan dengan kehadiran Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Tuan Hj Wan Ramzan B. Wan Mamat untuk membuat pemantauan hari pertama sesi persekolahan...semua warga Sabk bagaikan melupakan segala yang lain melainkan fokus kepada apa yang akan kami terima komen-komen dan kritikan dari KS..dan menambahkan lagi kemeriah, hari itu juga merupakan hari pendaftaran pelajar baru tingkatan 1...bagaikan semua yang dibuat serba tak kena..masa berlalu dan terus berlalu..pendaftaran tetap pendaftaran..taklimat untuk ibubapa tetap dijalankan pada masa yang ditetapkan..alhamdulillah pendaftaran selamat dan selesai...tapi pemantauan pun tetap pemantauan..jam 2.20 petang semua diminta berkumpul di bilik mesyuarat...ah!! habis!! pelbagai tanggapan bersarang disetiap kami...memang kami akui banyak kelemahan..tepat jam 2.30 ptg Tn KS memberikan ulasan dan teguran...alhamdulillah bagaikan teguran seorang ayah..semua dapat menerima komen dan teguran dengan lapang dada...Terima kasih KS Tuan Hj Wan Ramzan B. Wan Mamat..

Kepada ibubapa yang mendaftarkan anak ke SABK Batang Padang..pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih...mohon maaf sekiranya ada kekurangan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan