Rabu, 6 Januari 2010

PERISTIWA HARI INI

Sejak kebelakangan ini banyak sangat peristiwa yang berlaku di SABK Batang Padang tetapi saya mohon jutaan kemaafan kerana kadang-kadang tiada kesempatan untuk mencoretkan catatan buat tatapan pengunjung dan pemerhati setia...pelbagai alasan sebenarnya tidak perlu untuk sekadar menyedapkan hati..tapi insya allah saya akan cuba menyahut kata-kata Tuan KS tempohari.."selalulah mendahului masa"......untuk itu sedikit coretan tentang apa yang berlaku di SABK Bidor ketika ini...

Hari ini..06/01/10 mulai jam 8.00 pagi pendaftaran pelajar tingkatan 2-5..pendaftaran hanya diadakan di bilik mesyuarat tanpa mengganggu P&P..ramai yang memohon tetapi kami hanya mampu menyediakan sekadar mengisi ruang keperluan..sehingga saat saya menulis ini pun di luar sana ada ibu bapa yang merayu untuk menjadi warga SABK Bidor..semua yang terlibat bertungkus lumus melayan karenah dan gelagat ibubapa dan pelajar..

3.00 Petang..Program Bersama Pelajar Baru Tingkatan 1 berlangsung seperti yang dijadualkan..program ini berlangsung mulai semalam..saya diberi kesempatan dan ruang mengisi slot untuk bertemu dengan 'adik bongsu' pada jam 3.30 petang ..alhamdulillah semuanya ceria dan bersemangat...tetapi saya amat terkilan kerana tidak dapat merakamkan detik-detik yang berlaku.....kerana kamera saya kadang-kadang jem...itulah sebenarnya penyebab blog ini 'mendung' seketika...

Tidak lupa..terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai dari PPD yang sudi hadir..
1)Tn Hj Bahrudin B. Sulaiman,Tn Hj Muddakir B. Masron dan Tn. Hj Abdul Halim B. Musa yang hadir pada jam 7.45 pagi
2)En Dzulkifli B. Ramli Timbalan PPD (Pengurusan sekolah & Organisasi) yang hadir jam 3.45 petang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan