Jumaat, 12 Jun 2009

Maklumat Penubuhan dan Sejarah Awal Sekolah

MAKLUMAT SEKOLAH

1. PENGENALAN

1.1 Sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat(SAR)dan kini dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) mulai tahun 2006.

1.2 Pengasas sekolah ini ialah Al-Fadhil Tuan Kadhi Tapah Ustaz Mohd Zain B. Abdul Rahman dan Tuan Haji Wan Abdullah B. Wan Salleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Tapah beserta beberapa orang pemimpin tempatan.

1.3 Sekolah ini mula beroperasi secara rasminya pada tahun 1990 dan telah pun didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak dengan No: pendaftaran JUPK/SAR/4/90.


2. OBJEKTIF PENUBUHAN

2.1 Meninggikan dan mengembangkan syiar islam

2.2 Melahirkan pelajar yang berilmu,bertakwa dan beramal serta berkemampuan mensejahterakan diri,keluarga, masyarakat dan negara.

2.3 Mewujudkan sistem pendidikan islam yang dapat menepati dan memenuhi kehendak dan keperluan ilmu masakini.

2.4 Menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah bagi mewujudkan sebuah agama di daerah Tapah.


3. SISTEM PERSEKOLAHAN.

3.1 Sistem persekolahan disekolah ini adalah sama dengan sistem persekolahan sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan.

3.2 Sesi Pengajian ialah mulai 7.30 pagi hingga 3.50 petang.

3.3 Hari pelepasan adalah pada hari Ahad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan