Jumaat, 12 Jun 2009

2. KURIKULUM / KO-KURIKULUM.

4.1. Secara umumnya sistem pendidikan sekolah ini mempunyi dua aliran iaitu akademik dan agama.
4.2. Sukatan pelajaran akademik adalah mengikut sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan dan sukatan pelajaran agama/arab mengikut Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
4.3. Sukatan pelajaran yang disediakan adalah khusus bagi pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan berikut:
i) Penilaian Menengah Rendah (PMR)
ii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
iii) Sijil Pelajaran i’Dadi(Tingkatan 2)
iv) Sijil Pelajaran Thanawi (Tingkatan 4)

FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di SABK Daerah Btg Padang Bidor adalah merupakan usaha berterusan ke arah melahirkan insan soleh yang bersepadu,beriman beramal dan bertaqwa berdasarkan petunjuk Al Quran dan Al Sunnah serta menggarapkan potensi individu ke arah penghayatan Islam dengan penuh tanggungjawab ke arah kesejahteraan dan kebaikan (Hasanah) di dunia dan akhirat sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam bagi mencapai keredhaan AllahAzzawajalla.


OBJEKTIF PENUBUHAN SEKOLAH


Memberi pendidikan Islam kepada masyarakat
Menyampaikan pengajaran Bahasa Arab kepada pelajar bagi tujuan memahami Al Quran dan Al Hadis dan ajaran agama Islam keseluruhannya.
Memberikan pelajaran akademik kepada pelajar sesuai dengan tamadun dunia sekarang.
Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi pengetahuan agama dan akademik sekaligus merealisasikan matlamat pendidikan negara.


VISI SEKOLAH

SABK Daerah Btg Padang Bidor akan menjadi sekolah cemerlang pada tahun 2015.



MISI SEKOLAH

Memberikan pendidikan kepada pelajar ke arah penerapan budaya cemerlang untuk melahirkan golongan cendikiawan beriman,berilmu dan beramal selaras dengan tuntutan Al Quran dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pendidikan Islam.



MOTO SEKOLAH

’BERILMU BERAMAL’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan