Khamis, 23 Disember 2010

TAHNIAH PENCAPAIAN TERBAIK PMR 2010

Tahniah diucapkan kepada semua wagra SABK Bidor terutama warga pendidik juga pelajar-pelajar PMR kerana kejayaan yang cemerlang dalam PMR 2010.Sepintas lalu antara fakta yang menarik dan cemerlang berkaitan keputusan PMR 2010 tahun ini ialah :
1. Menerima 6 Anugerah Penghargaan dari PPD iaitu :
1. Anugerah Kenaikan Gred Purata Sekolah (GPS)
2. Peratus Lonjakan Kuantiti Keseluruhan
3. Pencapaian Menepati Target (Kuantiti)
4. Kenaikan Peratus Pencapaian
5. Pencapaian Keseluruhan GPS sekolah Harian
6. Pencapaian Keseluruhan Sekolah Harian

2. Tempat ke-2 keseluruhan Sekolah-sekolah Daerah Batang Padang
3. Tempat ke-2 keseluruhan antara SABK Negeri Perak
4. Tempat ke-36 keseluruhan antara semua sekolah-sekolah Negeri Perak daripada 225 buah sekolah.
5. Peratus lulus yang tinggi 2010 (92.6%) 2009 (38.7%)peratus perbezaan peningkatan sebanyak 53.9%
6. Semua mata pelajaran mendapat 100% lulus kecuali Bahasa Inggeris 2 org gagal, Bahasa Arab dan Matematik 1 orang gagal.

Tahniah dan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang memberi sokongan terutamanya warga pendidik dan staf-staf sokongan,PPD Batang Padang,Sektor Pendidikan Islam (SPI),JPN, BPI,PIBG,Lembaga Pengelola Sekolah dan semua ibubapa pelajar. Tahniah..Tahniah..Tahniah..

2 ulasan:

  1. tahniah pd sabk bid0r . saya bekas pelajat sini time f0rm 1 . then , saya pindh time f2 . td ambik result . alhmdulillah , 7a 2b . terima kasih pd guru2 yg telh mngajar saya masa f1 . tanpa mereka . saya takkan berjaya ! syukran !

    BalasPadam
  2. Tahniah.... semoga kejayaan yang dicapai pada hari ini menjadi pemangkin kepada kegemilanagan di masa hadapan....

    BalasPadam