Rabu, 2 Jun 2010

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA


Sebahagian daripada cenderamata..

Info:
Baru-baru ini Program Usahawan Muda (PUM) SABK Bidor telah menyertai Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Perak kali yang ke-14.Majlis tersebut diadakan pada 31 Mei 2010 bertempat di Dewan Persidangan Perak Techno Trade Center Perak Darul Ridzuan dan dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP),Institut Keusahawanan Negera (INSKEN) dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN).Hanya 15 sekolah sahaja yang bertanding...apa yang menariknya SABK BIDOR adalah satu-satunya Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang menyertainya sejak sekian lamanya.Namun begitu pada tahun ini sekolah ini hanya mendapat saguhati sahaja..Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat..insya allah saya akan cuba paparkan Jawatankuasa PUM SABK Bidor pada masa yang akan datang..

1 ulasan:

  1. Teruskan usaha.... SABK Bidor boleh!!! suatu ketika dahulu PUM sekolah ini pernah menyertai konvensyen PUM peringkat kebangsaan (tahun 1997). InsyaAllah kegemilangan akan menjadi milik PUM SABK Bidor.

    BalasPadam