Rabu, 24 Mac 2010

MESYUARAT/BENGKEL PENYELARASAN HEADCOUNT DAN ANALISIS SPM 2009

Alhamdulillah sebentar tadi saya telah menghadiri Mesyuarat/bengkel Penyelarasan Headcount dan analisis SPM 2009..berikut adalah info menarik berkaitan mesyuarat.(Mesyuarat sepatutnya dihadiri bersama oleh Pengetua tetapi beliau telah mengikuti kursus anjuran BPI di Pulau Pinang)

Tempat :Bilik Mesyuarat SMK Hamid Khan Tapah
Masa :2.00 petang

Info:
1.SABK Daerah Batang Padang adalah salah satu dari dua buah sekolah yang mencatat 100% lulus selain dari SMKA Slim River.
2.Gred Purata Sekolah (GPS) sekolah adalah 6.30 iaitu tempat ke 11 dari 21 buah sekolah di daerah Batang Padang..dan tempat ke 155 daripada 233 buah sekolah di negeri Perak.
3.Bagi Peringkat Daerah mata pelajaran Bahasa Melayu SABK Daerah Batang Padang mendapat tempat ke-2 manakala peringkat negeri tempat ke-32.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan