Khamis, 20 Ogos 2009

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1430H

Alhamdulillah semalam (khamis 19hb Ogos 2009)jam 2.45 petang dengan rasminya di bawah unit HEM Program Ihya Ramadhan bagi tahun 2009 bersamaan 1430H dan tahun ini telah dijalankan,dan tahun ini merupakan tahun ke 4 ianya diadakan semenjak bernaung di bawah keluarga SABK,dan selepas perasmian itu aktiviti atau program pertama petang semalam ialah Program Sambutan DiAmbang Ramadhan di mana ianya dipengerusikan oleh Adik Anass dari Tingkatan 4 manakala penceramahnya ialah Ustazah Nurul Nadia dan Ustaz Mohd Azri.
Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang program akan berlangsung selama lebih sebulan dan ianya insya Allah ditutup pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.Antara aktiviti-aktiviti yang lain ialah Tadarus Al-quran,Ceramah Nuzul Quran,Tahlil,Solat Terawih,Majlis Khatam Al-Quran,Pertandingan kuiz,Hafazan,Anyaman,khat dan teka silangkata.Terima kasih kepada semua yang terlibat Pengetua,guru-guru terutama unit HEM yang diketuai oleh Pn Rodziah Adam juga semua pelajar-pelajar tidak lupa kepada Penyelia Asrama dan Pembantu Tadbir.Bersamalah kita menghidupkan setiap saat ramadhan kali ini dengan amal ibadah. BERSAHAJA....Adik Anas B.Mohd Yusof sedang mengendalikan majlis...
TENANG....Ustazah Nurul Nadia ketika menyampaikan ceramah...."ada bakat rupanya Ustazah kita yang sorang ni.."

KHUSYUK.....Gelagat pelajar putera dan puteri...



"RUJUK NOTA!!!!...."

Sdr.Shamsulrizal B. Sabran. Guru Penolong Kanan Pentadbiran memberikan ucapan dan merasmikan program menggantikan Tuan Pengetua.
#mintak maaf Ustaz Azri penceramah ke dua tak sempat nak ambik gambo...bateri kamera low....lain kali aaa...



1 ulasan:

  1. semoga guru2 dapat memperbanyakkan aktvt perihal ramadhan

    BalasPadam