Jumaat, 29 Oktober 2010

AKTIVITI OKTOBER DAN NOVEMBER 2010

Info:
1. Peperiksaan Akademik mulai 15/10/2010 hingga 29/10/2010
2. Peperiksaan Azhariah(Selaras Negeri Perak) mulai 8/11/2010 hingga 12/11/2010
3. Aktiviti Pelajar selepas PMR
14-22/10/2010 -KELAS AZHARIAH
25-27/10/2010-Peperiksaan Azhariah peringkat sekolah 25-27/10/2010
28/10/2010 hingga 15/11/2010 Aktiviti berfokus

Antara Program yang dirancang ialah:

1.Kerohanian - Pengurusan Jenazah, Sembelihan, Bimbingan Al-Quran dan Kuiz
2.Kemasyarakatan - Khidmat Masyarakat
3.Kemahiran - Masakan,Bengkel Penyediaan Minit Mesyuarat, Kertas Kerja dan Kuiz
4.Riadah- Sukaneka

INFO SEMASA: PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 2011

1. PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 2011 akan ditutup pada 30/11/2010.Ujian kemasukan insya allah akan diadakan pada 4/12/2010 serentak seluruh SABK negeri Perak.Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak sekolah atau datang sendiri ke pejabat pada waktu bekerja.TAWARAN ADALAH TERHAD

Isnin, 11 Oktober 2010

BENGKEL/TEKNIK MENJAWAB MATA PELAJARAN AZHARIAH(I'DADI & THANAWI)

Insya Allah Peperiksaan I'dadi dan Thanawi akan bermula pada 8/11/10- hingga 11/11/10 untuk itu mulai hari ini (11/10/10)bengkel/teknik menjawab soalan-soalan Azhariah (I'dadi dan Thanawi)akan bermula sehingga 7/11/10.Penceramah-penceramah adalah terdiri dari rakan-rakan guru dari seluruh SABK Negeri Perak..
Berikut adalah Jadual Setakat minggu ini dan awal minggu hadapan :

Isnin(11/10/10)- Nahu/Sorof(I'dadi) -Penceramah Ustaz Yusof Hj. Mahyuddin dari SABK Al Mizan
-Hadis(Thanawi) -Penceramah Ustaz Wan Yusof Hj. Salleh dari SABK Maahad Tarbiah Islamiah Batu 8.

Selasa (12/10/10)- Muthalaah & Tadbir(I'Dadi) -Penceramah Ustaz Zuri Said dari SABK Maahad Imam Syafie.
-Muthalaah & Tadbir (Thanawi) -Penceramah Ustaz Azimi Hj. Mohamed SMA Al Hidayah Ipoh

Isnin (18/10/10) - Tafsir(i'Dadi) - Ustaz Wan Ismail dari Madrasah Idrisiah
-Nahu sorof (Thanawi)- Penceramah Ustaz Farizal Muhammad Lazim dari SABK Maahad Diniah Kg Lalang.

Rabu, 29 September 2010

SEKITAR JAMUAN AIDILFITRI KELOMPOK 3 DAN 4





INFO:
Alhamdulillah sebentar tadi berlangsungnya Majlis Jamuan Aidilfitri Guru-Guru Kelompok 3 dan 4 iaitu guru-guru SMK dan SK sekitar Bidor dan Sungkai.Majlis yang berlangsung di kantin SABK Bidor itu di mulai dengan ucapan Pegawai PPD iaitu Tn Hj. Mat Noh Bt. Supaat.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir..

Selasa, 28 September 2010

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KELOMPOK 3 DAN 4

INFO:
Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang(SABK BIDOR)pada tahun ini diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kelompok 3 dan 4 iaitu sekolah-sekolah Menengah dan Rendah sekitar Bidor dan Sungkai..dianggarkan lebih-kurang 20 buah sekolah yang terlibat..maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 29 September 2010
Hari: Rabu
Masa : 1.00 Tengahari
Tempat :Perkarangan Kantin Sekolah.

*Selamat Hari Raya Aidilfitri...

JAMUAN BERSAMA MENTOR-MENTEE 2010

INFO:
Semalam (28/09/10- Isnin)jam 3.00 petang berlangsungnya Perjumpaan dan Jamuan bersama Mentor-Mentee 2010.Sebahagian kumpulan Mentor-Mentee mengadakan perjumpaan secara bergabung dan sebagagiannya secara kumpulan kecil di sekitar kawasan sekolah,oleh kerana hujan yang agak lebat,kumpulan yang mengadakan perjumpaan di meja-meja taman sekolah terpaksa berpindah di dalam kelas dan surau.Maklumat dan gambar-gambar sepanjang majlis sila kunjungi facebook sekolah atau layari facebook Mentor-mentor..

Jumaat, 24 September 2010

SEKITAR HARI KOMUNITI DAN JAMUAN AIDILFITRI








INFO:
Sekitar Hari Komuniti dan Jamuan Aidilfitri yang berlangsung pada (Khamis)23 September 2010..Terima kasih kepada semua yang terlibat juga yang turut sama hadir memeriahkan sambutan kali ini..untuk mendapatkan lebih info dan gambar-gambar sila kunjungi facebook sekolah.(facebook sabk bidor).