Rabu, 29 September 2010

SEKITAR JAMUAN AIDILFITRI KELOMPOK 3 DAN 4





INFO:
Alhamdulillah sebentar tadi berlangsungnya Majlis Jamuan Aidilfitri Guru-Guru Kelompok 3 dan 4 iaitu guru-guru SMK dan SK sekitar Bidor dan Sungkai.Majlis yang berlangsung di kantin SABK Bidor itu di mulai dengan ucapan Pegawai PPD iaitu Tn Hj. Mat Noh Bt. Supaat.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir..

Selasa, 28 September 2010

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KELOMPOK 3 DAN 4

INFO:
Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang(SABK BIDOR)pada tahun ini diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kelompok 3 dan 4 iaitu sekolah-sekolah Menengah dan Rendah sekitar Bidor dan Sungkai..dianggarkan lebih-kurang 20 buah sekolah yang terlibat..maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 29 September 2010
Hari: Rabu
Masa : 1.00 Tengahari
Tempat :Perkarangan Kantin Sekolah.

*Selamat Hari Raya Aidilfitri...

JAMUAN BERSAMA MENTOR-MENTEE 2010

INFO:
Semalam (28/09/10- Isnin)jam 3.00 petang berlangsungnya Perjumpaan dan Jamuan bersama Mentor-Mentee 2010.Sebahagian kumpulan Mentor-Mentee mengadakan perjumpaan secara bergabung dan sebagagiannya secara kumpulan kecil di sekitar kawasan sekolah,oleh kerana hujan yang agak lebat,kumpulan yang mengadakan perjumpaan di meja-meja taman sekolah terpaksa berpindah di dalam kelas dan surau.Maklumat dan gambar-gambar sepanjang majlis sila kunjungi facebook sekolah atau layari facebook Mentor-mentor..

Jumaat, 24 September 2010

SEKITAR HARI KOMUNITI DAN JAMUAN AIDILFITRI








INFO:
Sekitar Hari Komuniti dan Jamuan Aidilfitri yang berlangsung pada (Khamis)23 September 2010..Terima kasih kepada semua yang terlibat juga yang turut sama hadir memeriahkan sambutan kali ini..untuk mendapatkan lebih info dan gambar-gambar sila kunjungi facebook sekolah.(facebook sabk bidor).

Selasa, 21 September 2010

HARI KOMUNITI DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

INFO:

Insya Allah SABK Batang Padang Bidor akan mengadakan dua majlis iaitu Hari Komuniti dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada tarikh dan masa seperti berikut:

Majlis : Hari Komuniti dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Tarikh: 23 September 2010(Khamis)
Masa: 8.00 pagi-2.30 ptg(Hari Komuniti)
: 2.30 ptg-5.30 ptg (Jamuan Hari Raya Aidilfitri)
Tempat :Perkarangan Sekolah.

* Semua ibubapa/penjaga dan rakan-rakan sekitar dijemput bersama-sama menghadirkan diri bagi kedua-dua program ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....

Selasa, 31 Ogos 2010

TAZKIRAH RAMADHAN: KEISTIMEWAAN SEPULUH MALAM TERAKHIR

Alangkah cepatnya masa berlalu, ketika kita mula merasakan seronok melaksanakan ibadah, Ramadan semakin hampir menutupkan tirainya. 10 hari terakhir Ramadan adalah merupakan saat di mana Rasulullah s.a.w meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya.

Berlalunya sebahagian besar dari hari-hari Ramadan sewajarnya menimbulkan kecemasan kepada kita. Apakah selama 19 hari kita berpuasa benar-benar telah menjadikan kita manusia yang bertaqwa atau sebaliknya?

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan:

عَنْ عَائِشـَة َ قـَالـَـتْ كـَانَ النـَّبـِي صلى الله عليه وسلم إذا دخلت العشر أحيا الليل وشد المئزر وأيقظ أهله

Maksudnya: Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan) baginda menghidupkan malam, baginda mengemaskan kainnya dan baginda mengejutkan isterinya dan (yakni tidak bersama dengan isteri).

Hadis ini menceritakan kepada kita bagaimana Nabi s.a.w bersungguh melaksanakan ibadah meskipun baginda s.a.w tidak melakukan dosa. Namun baginda telah memberikan satu contoh tauladan yang baik kepada umatnya di dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadan. Panduan yang diberikan oleh baginda ini menggambarkan betapa tinggi nilainya saat yang kita lalui sekarang. Menjadi suatu yang amat malang sekiranya kita semakin lemah dan cuai dalam melakukan ibadah meskipun Ramadan semakin hampir meninggalkan kita.

Imam Muslim juga meriwayatkan:

عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يجتهد في العَشـْرِ الأوَاخِرِ، مَا لا يَجـْتـَهـِدُ فِـْي غـَيْرِهِ

Maksudnya: Aisyah r.a berkata: “ Bahawa Nabi s.a.w bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10 malam terakhir tidak sepertimana (di bulan) selainnya”.

Contoh yang ditinggalkan kepada kita oleh baginda s.a.w wajar dijadikan pedoman di dalam mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini. Sepatutnya waktu ini tidak dihabiskan dengan menonton tv atau mengunjungi pusat-pusat membeli belah. Kerana inilah fenomena yang sering kita lihat. Kelebihan sepuluh malam terakhir seolah-olah tidak lansung diambil kira. Malah lebih mendukacitakan lagi ada di kalangan muda-mudi Islam yang keluar malam ke taman-taman untuk memadu kasih tanpa rasa berdosa dan malu. Sepatutnya bapa sebagai ketua keluarga mengambil berat soal membudayakan suasana ibadah khsusnya pada 10 malam terakhir ini. .Anak-anak perlukan satu panduan dan contoh dari ibubapa. Sebaliknya jika ibubapa turut serta mengabaikan ibadah di penghujung Ramadan maka tidak hairanlah anak-anak tidak berminat untuk mengerjakan solat tarawih sebaliknya datang ke masjid atau surau hanya untuk membuat bising dan bermain mercun.

Apa yang dimaksudkan dengan baginda s.a.w menghidupkan malam dan mengemaskan kain sarungnya ialah sebagai satu gambaran bagaimana bersungguhnya baginda menumpukan saat ini dengan ibadah sehinggakan baginda tidak bersama dengan isteri untuk 10 malam terakhir ini. Kesungguhan ini didorong pula dengan kelebihan sepuluh malam terakhir yang dijanjikan dengan kehadiran malam Al-Qadr atau Lailatulqadar.

Firman Allah Taala yang bermaksud: (( Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan)) . Surah Al-Qadr : 1-3

Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada ummat Islam di dalam mencari rahmat dan kasihNya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari redha Allah Taala menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah Taala. Sebaliknya bagi mereka yang alpa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hariraya yang menyibukkan mereka hingga terlupa promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah Taala di penghujung Ramadan.

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah
menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajjud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah Taala. Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah. Ibubapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena. Bagi memudahkan mereka bangun bersama pastikan mereka dapat tidur lebih awal. Bagi suami isteri sepuluh malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi s.a.w diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amala ibadah.

Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah Taala. Kata Imam Az-Zuhri:

عجباً للمسلمين تـَرَكـُوْا الإعـْتـِكـَافَ مـَعَ أنَّ النـَّبـِيَّ صَلـَّى الله عليه وسلم مَا تـَرَكـَهُ مُنـْذ ُ قـَدَمَ المَديْنـَة حـَتـَّى قـَبـِضَهُ الله عـَزَّ وَجـَلَّ

Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi s.a.w tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia.

TAZKIRAH RAMADHAN

Pertama

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga

Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.