Jumaat, 30 April 2010

PELANCARAN PROGRAM MENTOR-MENTEE 2010

Mentor-Mentee 2010...
Cik Noor Atiqah Abdul Rahman juga merupakan guru kaunselor....menerima perlantikan sebagai Mentor.

INFO:
Alhamdulillah pagi tadi berlangsungnya pelancaran Program Mentor-Mentee 2010 yang dilancarkan oleh Tuan Pengetua.Program yang melibatkan 28 orang guru yang bertindak sebagai Mentor itu mempunyai 10 orang Mentee,program ini dijalankan mulai Mei hingga Ogos 2010..untuk gambar-gambar sekitar pelancaran sila layari facebook SABK Bidor..Semoga SABK Bidor terus Cemerlang.."MENTOR..Tunjuk Ajar Ku Cikgu.."

Khamis, 29 April 2010

BERSAMA TEAM SABK BIDOR

Pasukan Bola Sepak...ada gaya RED WARRIOR dan Ninja Warrior...
Pasukan Bola Tampar bersama Tuan Pengetua dan Jurulatih Tn. Hj Mohd Rafik B. Maarof
Pasukan Bola Jaring..bersahaja bersama jurulatih import dari Kelantan Pn. Zainun dan Cik Azlin.

Info:
Sebentar tadi satu sesi taklimat,amanat dan sesi bergambar diadakan kepada pasukan-pasukan yang akan mewakili sekolah pada pertandingan sukan anjuran JAIP..alhamdulillah tahun ini SABK Bidor turut dijemput untuk sama-sama menyertai pertandingan sukan sekolah-sekolah agama negeri (SMAN) dan sekolah Agama Rakyat (SAR) Negeri Perak yang akan berlangsung pada hari ahad ini iaitu 1 Mei 2010.Pada tahun ini SABK Bidor hanya menghantar 3 pasukan iaitu Bola Sepak,Bola Tampar dan Bola Jaring...Semoga SABK Bidor terus Cemerlang..

Isnin, 26 April 2010

PELANCARAN PROGRAM KEKEMASAN DIRI

Tuan Pengetua menandatangani Potret sebagai Gimik pelancaran.

Info:
Alhamdulillah.. Kempen Kekemasan Diri telahpun dilancarkan oleh Tuan Pengetua..pada perhimpunan sebentar tadi,kempen sepanjang tahun ini adalah bagi membentuk imej dan peribadi pelajar..Semoga SABK BIDOR terus cemerlang..

SEKITAR PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN "SELEMBAR KASIH SEGUNUNG HARAPAN"

Penceramah Jemputan En. Mohd Isa b. Chik
Suasana di dalam dewan..

Sabtu, 24 April 2010

SEKITAR PROGRAM KEM PEMANTAPAN SOLAT



Antara yang dapat dimuatkan sekitar program Kem Pemantapan Solat pada hari sabtu 24/04/2010 yang lalu.

Jumaat, 23 April 2010

BERKENALAN DENGAN PASUKAN KOMPANG SABK BIDOR

Info:
Pasukan Kompang SABK Bidor telah ditubuhkan pada awal tahun 2010,ia adalah cetusan dan idea dari tuan pengetua Tuan Hj Abdul Halim B. Yahya.Pembimbing bagi pasukan kompang ini adalah Cik Siti Rohani Bt Muai dan En. Syahrul Izwan B. Shahrom...apa yang menarik peserta kompang ini sememangnya berbakat sejak awal oleh itu..ahli-ahli yang mula-mula bergiat kini melatih pelapis-pelapis yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5..setakat ini hampir semua majlis peringkat sekolah pastinya dimeriahkan dengan paluan kompang pada pembukaan majlis..selain itu pasukan kompang ini juga telah dijemput di majlis-majlis kenduri perkahwinan sekitar kawasan ini..tahniah diucapkan...

Rabu, 21 April 2010

PROGRAM SELEMBAR KASIH SEGULUNG HARAPAN DAN PEMANTAPAN SOLAT

Info:
Insya Allah pada hari sabtu ini bersamaan 24/04/2010 dua program akan dijalankan serentak iaitu Program Motivasi Keibubapaan Selembar Kasih Segulung Harapan dan Program Pemantapan Solat.Bagi Program Motivasi Keibubapaan yang bertemakan Selembar Kasih Segulung Harapan ia adalah program kerjasama diantara PIBG dengan unit Bimbingan Kaunseling SABK Daerah Batang Padang..program kali ini melibatkan ibubapa penjaga,warga pendidik dan semua pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5..Manakala Program Pemantapan Solat ia di bawah program Panitia dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Islam,program ini melibatkan pelajar tingkatan satu... semoga SABK BIDOR terus CEMERLANG...