Selasa, 23 Februari 2010

KANDID SEPANJANG MINGGU SUKAN

Ramai terpegun melihat "double line"...tak boleh potong aaa...
Wajah-wajah kecewa..tak boleh potong....

Kutip hutang maaa...sambil tu cuba tengok Amirah (paling kiri)cukup protokol berdiri tegak ketika gambarnya diambil...
Cuba tengok... dua situasi yang menarik..yang di belakang Panca Sitara di depan..tarakuca-tarakuca...

Masing-masing punya gaya...
Berbaris menunggu macam kat klinik....

Perhatikan gambar paling kiri dan paling kanan (sedang duduk..dua-dua tengok atas)...agak-agak apa yang mereka sedang fikirkan???...
Pelbagai situasi 1.Alahai payung 2. paling kanan(mungkin sakit) 3.paling kiri cukup bergaya tapi alahai tangan je yang nampak..4. bawah sekali..bayang-bayang misteri


Baju kuning(larian ala matrik..iklan tudung) Baju hijau(paling depan)..bergaya nombor satu walaupun sambil tolak kereta sorong...Gambar belakang..ewah!!!

Jumaat, 19 Februari 2010

Khamis, 18 Februari 2010

SUKAN TAHUNAN KALI KE -3

Info:
Acara sukan tahunan sedang berlangsung mulai semalam iaitu 17hb Februari hingga 20 Februari 2010.Manakala acara kemuncak sukan tahunan kali ini akan diadakan pada 24hb Februari iaitu pada hari rabu .Antara acara yang dipertandingkan ialah Lompat jauh,lompat tinggi,merejam lembing,lontar cakera,lontar peluru dan acara balapan.Semua pertandingan akan bermula pada pukul 3.30 petang di padang sekolah.
Majulah sukan untuk semua.

Khamis, 11 Februari 2010

TAHNIAH

INFO:
Tahniah diucapkan kepada Pn Aznol Huda Bt Abdul Rani (Pembantu Tadbir Kewangan) dan suami kerana selamat menimang cahaya mata pertama pada 08/02/2010

TAKZIAH

INFO:
Seluruh warga SABK mengucapkan takziah kepada keluarga Ustazah Rokiah di atas pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah pada malam 10 Februari 2010 (selasa malam rabu ) semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian ini dan sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri dan di rahmati Allah SWT.

Sabtu, 6 Februari 2010

CORAT-CORET MERENTAS DESA 2010

"KAMI MENANG..."..Sebahagian daripada para pemenang...kategori wanita la kan...tak kan lelaki..
Pemenang kategori lelaki...(tak payah cakap pun tak mengapa..dah gambo pun lelaki..)
Pemenang kategori paling bergaya.....
Pemenang yang terpaksa 'diangkut'...(Pemenang separuh jalan)
Urus setia yang sentiasa setia...
Antara yang tiba awal...
Antara yang menarik..(lawanya kasut!!!)
Kursus mendukung anak...
Menunggu pemenang.....
"Macam ni cara dukung anak.."kata Ustazah Lailati kepada Ustazah Ropidah,Ustazah Aida,Ustazah Nadia,Ustazah Fadzilah....dan seangkatan dengannya...Ustazah Zainun pulak berkata.."Lepas ni saya nak ajar macam mana nak dukung dari belakang pulak.."
Sepanjang perjalanan...
Digarisan permulaan..kategori wanita bawah 15 tahun...
Sempat lagi.....
Berdoa sebelum memulakan acara....
Kena buat senaman ketiak sebelum nak lari...nanti 'krem'...

INFO:
Pagi tadi berlangsungnya acara merentas desa bagi sesi 2010..seawal jam 7.15 lagi semua pelajar dan guru-guru telah berkumpul di dataran..sebagai kenang-kenangan di atas ini saya rakamkan corat-coret sepanjang program....sebelum itu ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya guru-guru yang 2-3 hari ...."..bertungkus..berlumus..oooo oohh bertungkus berlumusss..."(macam lagu Jamal Abdilah dan M. Nasir) juga terim kasih kepada abang-abang polis yang membantu mengawal keselamatan...

Rabu, 3 Februari 2010

KUNJUNGAN MESRA PEGAWAI-PEGAWAI PPD

En. Osman sedang memberi ucapan....
En Abdul Rahim..
Tn Hj Bahrudin dan En Khamdan (gambar di bawah)
INFO:
Alhamdulillah lebih kurang jam 9.00 pagi tadi kami menerima kunjungan Pegawai-pegawai dari PPD iaitu diketuai oleh Timbalan PPD Batang Padang En. Osman B. Mohamed Bahari,tutut serta iaitu En Abdul Rahim B. Abdul Majid Pen.PPD (Vokasional & Teknik),En Khamdan B. Ishkandar Pen. PPD Kurikulum (Kemanusiaan) dan Tn Hj. Bahrudin B. Sulaiman Penyelia Kanan Pendidikan Islam & Moral juga merupakan Penghulu SABK Daerah Batang Padang...Semua pegawai-pegawai diiringi oleh tuan pengetua meninjau keadaan persekitaran sekolah termasuk asrama dan kelas..dan selepas itu kami diberi taklimat serta berkongsi pandangan..di dalam bilik mesyuarat..kami juga diminta membentangkan Headcount bagi setiap mata pelajaran..alhamdulillah semuanya berjalan lancar..terima kasih diucapkan kepada semua pegawai-pegawai PPD kerana sudi menjenguk kami dan insya Allah kita sama-sama bergerak dan berkerja bagi mencapai target atau sasaran seperti yang diharapkan..