Jumaat, 6 November 2009

SEKITAR PROGRAM LADAP SEMALAM

KENANGAN...Tn.Hj Abdul Halim B. Yahya selaku pengetua menyampaikan cenderamata kepada Tn. Hj Mudakir B. Masron sebagai tanda kenang-kenangan.
Tn. Hj Mudakir B. Masron ketika menyampaikan ceramah..
Slot dari Tn. Pengetua...
Suasana di Bilik Tayangan..
INFO:
Alhamdulillah..semalam program Latihan Dalam Perkidmatan atau LADAP peringkat sekolah telah pun berlangsung dengan jayanya.. antara penceramah yang mengisi slot ialah Tn. Hj Mohd Rafik B. Maaruf,Tn. Hj Abdul Halim B. Yahya dan penceramah utama Tn. Hj Mudakir B. Masron Pegawai Khas Pendidikan Islam PPD Batang Padang...terima kasih kepada semua yang terlibat..

Khamis, 5 November 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Taklimat sebentar tadi berkaitan program petang ini..
Puan Norfazlila berkongsi pandangan tentang pengurusan mesyuarat dan minit mesyuarat
Suasana kami semasa ber'LADAP'
Antara Pemuda-pemuda harapan bangsa dan agama ......

Tarikh :4-5 /11.09
Masa :2.30-5.30 Ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat
Info: Selama dua hari berturut-turut kami warga SABK Daerah Btg Padang berkampung di sekolah ini semua gara-gara Peruntukan Program LADAP yang tiba-tiba turun dan peruntukan tersebut kena habiskan sebelum cuti sekolah..semalam kami berkongsi ilmu tentang pengendalian mesyuarat dan minit mesyuarat serta perkara yang berkaitan dengan biasiswa..dan insya allah petang ini siri seterusnya yang akan bermula sebentar sahaja lagi..apa pun tahniah diucapkan kepada semua guru kerana memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi..terpaksa korbankan masa dan tenaga..mudah-mudahan ilmu yang kita sama-sama kongsi akan mendapat keberkatan dari Allah dan dapat kita curahkan buat kemajuan sekolah...

Rabu, 4 November 2009

MAKING OF BUMBUNG BARU

SENYUMAN ISTIMEWA.. Walaupun nampak letih sempat lagi apek yang buka dan ganti bumbung bagi senyuman..
INFO:
Sekarang bangunan pentadbiran SABK Daerah Batang Padang riuh rendah dengan bunyi zink dan tukul..sebabnya mulai hari ini bumbung bangunan pentadbiran akan ditukarkan dengan bumbung yang baru..alhamdulillah baru-baru ini dapat peruntukan tambahan..mudah-mudahan dengan perubahan bumbung ini semua yang di bawahnya akan lebih bersemangat dalam melaksanakan tugas termasuk yang menaip ni kebetulan sekarang ini bumbung yang terlibat betul-betul bilik penulis..apa pun kita tunggu perubahannya..

Selasa, 3 November 2009

ATAS PERMINTAAN RAMAI..


Atas permintaan ramai...saya abadikan gambar pasangan pengantin baru Pn Rokiah dan pasangannya En Sahrul Nizam...(maaf buat pasangan pengantin jika ianya jadi satu kesalahan....


Isnin, 2 November 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN





iNFO:

Mulai hari ini bermulalah Peperiksaan Akhir Tahun 2009....bagi semua SABK kami mempunyai 2 aliran iaitu Akademik dan Aliran Azhariah..Periksaan Akademik bermula 2/11/09 hingga 11/11/09 manakala Aliran Azhariah peperiksaan bermula 16/11/09 hingga 19/11/09 serentak seluruh Perak.
Kami semua guru-guru dan warga SABK Daerah Batang Padang mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir tahun 2009 kepada semua anak didik...semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T..

Ahad, 1 November 2009

INSYA ALLAH...


Hasil terbaru penulis......

Sabtu, 31 Oktober 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Kad jemputan yang dihantar kepada kami....

Info:
Hari ini dan esok (Sabtu dan Ahad) tamatlah zaman bujang 2 orang bekas pelajar sekolah ini yang kini bertugas sebagai guru.Salah seorang darinya Ustazah Rokiah Bt. Mohd Yunos (kenduri hari ahad) guru sekolah ini (SABK Daerah Batang Padang )dan Ustazah Roziah Bt. Wazir (kenduri hari sabtu)bertugas di salah sebuah sekolah(SABK) di Taiping ...kami semua bekas-bekas guru dan rakan-rakan pendidik di sini mengucapkan Selamat Pengantin Baru semoga berbahagia selalu...