Rabu, 21 Oktober 2009

BENGKEL AZHARIAH SIRI 2

Ustaz Rosli B. Zainuddin memberikan kuliah/bengkel di Bilik Tayangan
Ustaz Rosli B. Zainuddin di dalam Dewan SABK
PROGRAM:Bengkel Azhariah Siri 2
TARIKH :21/10/09
MASA :3.30 -4.30 ptg
TEMPAT :Dewan dan Bilik Tayangan
KUMPULAN SASAR :Calon I'dadi dan Thanawi
INFO :
Bengkel Azhariah hari ini adalah kesinambungan daripada Program semalam di mana pada petang ini dua orang penceramah undangan iaitu Ustaz Rosli B. Zainuddin dari SMAN Raja Perempuan Ta'yah dan Ustaz Farizal B. Mohd Lazim dari SABK Addiniah Kg Lalang.Kepada kedua-dua penceramah pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.

SEMALAM "SENANGNYA MATEMATIK"HARI INI "SENANGNYA BUAT KUIH PAU "

SENANG...
HASILNYA..............
CIK ROPIDAH SEDANG MENCURI RESEPI........
PAU SENANG HATI...Bahan-bahannya pun senang dapat...
PROGRAM :BENGKEL MASAK-MEMASAK
MENU :PAU SUKA HATI
TARIKH :21/10/09
MASA :9.30-12.00 tgh
TEMPAT :DEWAN SABK
INFO:
Kalau semalam "Program Senangnya Matematik"untuk pelajar SPM,tetapi pagi tadi aktiviti untuk pelajar selepas PMR "Senangnya Buat Kuih Pau"kali ini saya turut turun padang mencurahkan ilmu dalam pembuatan kuih pau..kuih pau yang saya buat diberi nama "PAU SENANG HATI"suasana santai pagi tadi memang cukup menghiburkan di mana semua pelajar berpeluang meng'uli' sendiri...dan makan sendiri...kata-kata yang paling menarik ialah.."Laaa senangnya buat kuih pau..."kalau sesiapa yang ingin berkongsi resepi pau yang senang ni..bolehlah layari blog peribadi saya 'ahmadshahrulhadi.blogspot.com/ atau klik pautan CATATAN ABAH.

Selasa, 20 Oktober 2009

RANCAKNYA PROGRAM PETANG NI

Walupun saya terpaksa berkejar ke sana ke sini untuk mendapatkan info program-program petang ni.. saya merasa cukup terharu dengan komitmen rakan-rakan dalam menjayakan setiap program..dan saya percaya semua itu dilakukan untuk kejayaan anak didik di sekolah ini dan yang paling utama tentunya mendapatkan keredaan Allah SWT..itulah suasana petang ini di SABK Daerah Batang Padang.Di bawah ini adalah antara program-program dan foto-foto yang saya sempat rakamkan.TERIMA KASIH SEMUA.

PROGRAM "MUDAHNYA MATEMATIK SPM"

COVER....
SANTAI...Antara suasana yang dapat disaksikan.
USTAZAH AIN DAN USTAZAH FARIDAH...Antara kumpulan yang berada di Ruang Legar Pusat Sumber.
PROGRAM : 'Mudahnya Matematik SPM..Ilmu Diterokai,Matematik Diaplikasi'
TARIKH :20/10/09
MASA :2.30 Petang-4.30 Petang
TEMPAT : Kelas Tingkatan 5 dan Ruang Legar Pusat Sumber
INFO:
Panitia Sains dan Matematik mengadakan program ini mulai 15/10/09 yang lalu,pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seorang guru pembimbing,penulis berkesempatan melihat suasana perbincangan didalam kumpulan, penulis berpendapat pelajar amat berminat dengan pendekatan santai yang digunakan walaupun kelas diadakan pada waktu petang.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat mudah-mudahan segala pengorbanan masa dan tenaga (tambahan pula program ini diadakan pada waktu petang) akan dikira sebagai ibadah dan membuahkan kejayaan.

PERTANDINGAN SYARAHAN SEMPENA MINGGU BAHASA

RAHSIA TERBONGKAR!!! Zoom dari meja hakim
Suasana pertandingan.
PROGRAM: Pertandingan Syarahan Sempena Bulan Bahasa
TARIKH :20/10/09
MASA :2.30 Petang
TEMPAT :Kelas Tingkatan 2
INFO :
Petang ini juga berlangsung Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu sempena bulan bahasa.Program ini juga bagi mencungkil bakat-bakat terpendam dari pelajar yang jarang-jarang diberi peluang untuk kedepan.Penulis tidak berkesempatan untuk berada di sepanjang majlis berlangsung,walaubagaimanapun pelbagai gelagat dapat dilihat..tahniah kepada semua peserta dan guru yang terlibat dalam menjayakan progran ini.

BENGKEL AZHARIAH

BERGAYA.. Ustaz Zuri dari SABK Imam Syafie sedang mengendalikan bengkel Thanawi di Dewan Sekolah
CERIA .. Antara peserta yang mengikuti Bengkel I'Dadi di dalam Bilik Tayangan
REHAT SEKETIKA... Ustaz Rafik sedang melayan penceramah Ustaz Mohammad Naim dari SMAN Izuddin Shah.
TARIKH :20/10/09
MASA :3.00-5.00 Petang
TEMPAT : Bilik Tayangan dan Dewan SABK Daerah Btg Padang
KUMPULAN SASAR : Tingkatan 2,3 dan 4
INFO:
Setelah sibuk dengan program kecemerlangan akademik khususnya PMR kini selain dari program kecemerlangan SPM..guru-guru azhariah juga tidak ketinggalan mengadakan program-program dan bengkel bagi subjek Azhariah..alhamdulillah petang ini dua orang guru dari SMAN Izzuddin Shah dan SABK Imam Syafie ustaz Mohammad Naim dan Ustaz Zuri telah dijemput bagi mengadakan bengkel Idadi dan Thanawi .Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.

KUNJUNGAN MESRA PEGAWAI BOMBA BIDOR

MESRA ....Puan Rodziah Adam (Guru Pen Kanan HEM) dan Cik Siti Rohani Bt Mua'ai (Guru Pen.Kanan Ko-ku) sedang berbincang sesuatu dengan En Nasir pegawai bomba dari Balai Bomba Bidor.

TARIKH :20/10/09
MASA :11.15 pagi
TEMPAT :Ruang tetamu pentadbiran
INFO :
Sebentar tadi Pegawai Bomba dari Balai Bomba Bidor telah berkunjung ke SABK bagi membincangkan Program Hari Komuniti yang akan berlangsung minggu hadapan.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih..