Isnin, 2 Ogos 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIIKSAAN PERCUBAAN PMR



Info:
Peperiksaan bermula hari ini sehingga 6 Ogos 2010...Seluruh warga Sabk Bidor mendoakan agar semua calon berjaya dan mudah menjwab soalan seperti yang diharapkan...

Jumaat, 30 Julai 2010

SOLAT HAJAT DAN DHUHA





INFO:
Sebentar tadi seluruh warga Sabk Bidor sama-sama bersolat hajat dan dhuha sempena Peperiksaan Percubaan PMR,solat hajat ini juga khas untuk memberi sokongan kepada SPI seperti yang disarankan melalui surat yang diedarkan..Alhamdulillah kami di SABK Bidor dapat sama-sama bersolat hajat memohon kepada Allah S.W.T bukan sahaja pagi ini juga malam tadi selepas solat isyak..mudah-mudahan segala yang dihajati diperkenankan Allah s.w.t

SEKITAR AKTIVITI BULAN BAHASA INGGERIS



ALBUM HARI ANTI DADAH



Khamis, 29 Julai 2010

AKTIVITI HARI INI KHAMIS-29 JULAI 2010

INFO:
Aktiviti/Pertandingan hari ini sempena Bulan Bahasa Inggeris

1. Debat Ala Parlimen antara Tingkatan
Masa : 3.30-5.00 Petang
Tempat : Ruang Legar Kantin

2. Kuiz Bonanza
Masa : 3.30-5.00 Petang
Tempat : Bilik Tayangan

Rabu, 28 Julai 2010

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

INFO:
Insya Allah Program Peningkatan Akademik Fasa 2(Program selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun)akan diteruskan,antara yang terkini:

1. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SEJARAH SPM
TARIKH : 29 JULAI 2010
HARI : KHAMIS
TEMPAT : BILIK TAYANGAN.
* Bengkel dan teknik menjawab melibatkan semua mata pelajaran SPM dan PMR akan disusun oleh Setiausaha Jawatankuasa Peningkatan Akademik (Cik Noor Atiqah Abdul Rahman Guru kaunselor dan Panita Mata pelajaran,Program dijalankan mulai Jun hingga Oktober)

2. PROJEK LATIH-TUBI Semua mata pelajaran SPM dan PMR
3. PROJEK SOLAR 2 (MATEMATIK,SAINS,SEJARAH,BAHASA INGGERIS)
4. KELAS ELITE- Pengukuhan
5. KELAS ZERO TO HERO-Kelas HALUS
6. PROGRAM BAHASA ARAB-Mukhayyam dan Tahbibullugah
7. Klinik (Semua mata pelajaran Kritikal)
8. Mentor-Mentee (setiap Isnin)

Hanya Program-program utama yang dapat dipaparkan.Harap Maklum...

Isnin, 26 Julai 2010

PROGRAM SAMBUTAN NISFU SYA'BAN

INFO:

Insya allah sempena Nisfu Sya'ban kali ini berbagai aktiviti kerohanian akan diadakan seperti jadual berikut:

1. Semua pelajar dan warga SABK Bidor digalakkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Selasa.
2. Bacaan Yasin selepas solat Maghrib (Malam Nisfu Sya'ban)
3. Qiamullail-Dipimpin Oleh Ustaz Raof B. Sanib dari SMK Trolak Selatan(Bekas Pelajar SABK BIdor)
4. Ceramah Umum esok 27 Julai 3.30 petang -Disampaikan Oleh Ustazah Nor Azian Bt Zaini dari SMK Hamid Khan
5. Jamuan Berbuka Puasa.