Selasa, 1 Jun 2010

KENANGAN 2008-PROGRAM MOTIVASI PMR & SPM





Info:
Sebagai memenuhi permintaan terutamanya bekas-bekas pelajar sesi tahun 2007-2008 di sini saya paparkan sedikit gambar-gambar kenangan,kali ini saya berkesempatan memaparkan kenangan sekitar program motivasi SPM dan PMR yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Tapah..Untuk lebih banyak gambar-gambar yang lain sila layari Facebook sekolah..Terima kasih..

Khamis, 27 Mei 2010

MESYUARAT LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH

Info:
Mesyuarat Lembaga Pengelola Sekolah akan diadakan pada ketentuan berikut:
Tarikh:28Mei 2010
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah.

Semua Ahli jawatan kuasa dijemput hadir.

Jumaat, 21 Mei 2010

TERIMA KASIH PENGAWAS



Info:
Majlis jamuan ringan dan kek sebentar tadi adalah sebagai menghargai kejayaan pengawas-pengawas di bawah bimbingan guru pengawas Puan Aida Soraya Bt Yusof atas penganjuran Program Sambutan Hari Guru bagi tahun 2010.Terima kasih kepada semua...mohon maaf gambar pengawas perempuan dan gurunya tak sempat dirakamkan..bateri habis..

Rabu, 19 Mei 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

IMTIHAN

Info;
Peperiksaan pertengahan tahun 2010 telah pun bermula pada 18 Mei 2010 bagi sesetengah tingkatan iaitu tingkatan 4 dan 5 manakala tingkatan yang lain bermula pada 24 Mei 2010 sehingga sebelum cuti penggal persekolahan.Selamat menghadapi peperiksaan

Isnin, 17 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU SABK BIDOR 2010

Ucapan Perasmian...oleh Ustaz Rusmizi B. Yusof Penolong Pengarah Pengurusan GPI Menengah Sektor Pendidikan Islam JPN Perak..
Acara gimik sambutan hari guru..

Info:
Sekarang sedang berlangsung Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2010..majlis dirasmikan oleh Ustaz Rusmizi B. Yusof Penolong Pengarah Pengurusan GPI Menengah Sektor Pendidikan Islam JPN Perak..

Ahad, 16 Mei 2010

SAMBUTAN GOTONG ROYONG PERDANA 2010

Gimik pelancaran dari Tuan Pengetua...

Info:
Alhamdulillah semalam 15/05/2010 bersamaan hari sabtu..gotong royong perdana bagi tahun ini telahpun terlaksana..t.ksh kpd semua yg terlibat..harap maaf kerana hanya sekeping foto sahaja yg dapat disiarkan..masalah talian lg..untuk gambar-gambar yang lain sila layari facebook sekolah..