INFO :
PROGRAM :Gotong Royong Perdana 2010
TARIKH:15 Mei 2010
HARI: Sabtu
TEMPAT :Sekitar Kawasan Sekolah
MASA :7.30 Pagi-2.00 petang
PROGRAM :Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
TARIKH: 17 Mei 2010
HARI: Isnin
TEMPAT : Dewan Utama
MASA : 7.30 pagi-2.15 petang
Jumaat, 14 Mei 2010
MAJLIS AKUJANJI CALON-CALON PMR & SPM 2010
Info:
Hari ini 14 Mei 2010 satu lagi sejarah tercatat dalam dairi sekolah iaitu majlis Akujanji Calon-Calon PMR & SPM sesi 2010.Majlis ringkas pagi tadi berlangsung hanya pada waktu perhimpunan iaitu mulai 7.30 pagi hingga 8.15 pagi..majlis dirasmikan oleh Tuan Hj Mohd Halim B. Musa Pegawai Khas J-Qaf PPD Batang Padang...terima kasih kepada semua yang terlibat..semoga SABK Bidor terus cemerlang..
Rabu, 12 Mei 2010
SEJENAK BERSAMA USTAZ AZRI GURU SPBT
Info:
Sebentar tadi saya berkesempatan mengunjungi Ustaz Mohd Azri B. Mohamad Noor di bilik SPBT..alhamdulillah saya dapat berkongsi misi dan visi SPBT di bawah Ustaz Mohd Azri..saya amat kagum dengan hiasan dalaman dan susun atur bilik SPBT(untuk gambar-gambar lain sila kunjungi facebook sekolah) ..tahniah diucapkan kepada beliau..insya allah pada kesempatan akan datang kita akan berkongsi bilik-bilik yang lain seperti Bilik Bimbingan dan Kaunseling,bengkel ,bilik guru,bilik sains dan yang paling utama bilik Ustazah Rodziah (HEM),Bilik Cik Siti Rohani (PK KO-KU),bilik pengetua dan sebagainya...insya allah..
SEBAHAGIAN DARIPADA PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
Alhamdulillah beberapa program peningkatan/bengkel akademik sedang dan akan berlangsung..setakat ini mata pelajaran Perdagangan,Geografi dan Sains telahpun diadakan insya allah semua mata pelajaran yang lain akan menyusul kemudian sebagaimana yang dirancang..berikut sebahagian gambar yang sempat dirakam..
PROGRAM SOLAR
Info:
Mulai 5 Mei hingga 21 Mei 2010 program SOLAR dijalankan kepada semua calon PMR.Program ini adalah sebahagian daripada projek dari JPN Perak yang menggalakkan pelajar-pelajar menjawab soalan latih tubi bagi persediaan sebelum percubaan PMR... hasrat JPN agar suasana "demam peperiksaan"..ini disambut oleh pihak sekolah dengan menyusun jadual khas untuk pelajar-pelajar yang terlibat..selamat maju jaya...
Mulai 5 Mei hingga 21 Mei 2010 program SOLAR dijalankan kepada semua calon PMR.Program ini adalah sebahagian daripada projek dari JPN Perak yang menggalakkan pelajar-pelajar menjawab soalan latih tubi bagi persediaan sebelum percubaan PMR... hasrat JPN agar suasana "demam peperiksaan"..ini disambut oleh pihak sekolah dengan menyusun jadual khas untuk pelajar-pelajar yang terlibat..selamat maju jaya...
Khamis, 6 Mei 2010
SELAMAT DATANG STAF BARU DI SABK BIDOR
Isnin, 3 Mei 2010
PELANCARAN PROGRAM NILAM 2010
Alhmadulillah sebentar tadi berlangsungnya pelancaran Program Nilam 2010 yang telah disempurnakan oleh tuan pengetua SABK Daerah Batang Padang Tuan Hj Abdul Halim B. Yahya.Majlis pagi tadi juga diserikan dengan persembahan deklamasi sajak,membaca syair dan ulasan buku oleh tiga orang pelajar,selain itu tuan pengetua juga menyerahan kotak bahan bacaan kepada setiap kelas bagi program hentian iqra'.Tahniah kepada semua yang terlibat..Semoga SABK Bidor terus cemerlang...
Langgan:
Catatan (Atom)