iNFO:
SABK Daerah Batang Padang Bidor sekarang di Facebook..sila kunjungi dan sama-sama kita berkongsi maklumat dan info..
Selasa, 23 Mac 2010
CATATAN SEBELUM CUTI
Kunjungan Tuan PPD..Khamis 11/03/10 lebih kurang jam 4.15 petang kami dikejutkan dengan kehadiran Tuan Hj Mat Noh Bin Supaat..beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana menjadi salah sebuah daripada sekolah di daerah Batang Padang yang berjaya mencatat 100% kelulusan Bahasa Melayu di dalam peperiksaan SPM baru-baru ini..sebelum itu pihak sekolah juga menerima ucapan tahniah melalui panggilan telefon (lebih kurang jam 10.10 pg)dari En Abdul Rahim Bin Abdul Majid Pen PPD..
Saya dan Pengetua Tn Hj Abdul Halim B. Yahya berkesempatan berbincang berkaitan hasil lawatan penanda aras yang telah saya ikuti pada 6 hingga 8 Mac 2010...
Jumaat, 12 Mac 2010
SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti kepada semua...sebelum itu tidak lupa diucapkan tahniah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang berjaya dalam SPM yang lalu...mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk up date terutama berkaitan keputusan SPM...apa pun kepada semua SELAMAT BERCUTI dan SELAMAT BERKULIAH kepada rakan-rakan yang menyambung pembelajaran...
Selasa, 9 Mac 2010
KEMUNCAK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 6 MAC 2010
Penceramah Jemputan Ustaz Riza Shah...bekas pelajar yang kini bertugas sebagai guru...
Sabtu 6/3/10 acara kemuncak sambutan Maulidur Rasul...malangnya saya tidak berkesempatan meraikannya bersama kerana mengikuti lawatan penanda aras bersama PPD di Terengganu...apa pun saya percaya kemeriahan tetap dapat dirasakan...mudah-mudahan kita semakin akrab dengan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW...terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya guru-guru yang bertungkus lumus menanamkan semangat cintakan Rasulullah buat anak didik sekelian...terima kasih juga kepada semua anak-anak didik..
Jumaat, 5 Mac 2010
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2010
Sebentar tadi bermulanya Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi tahun 2010..Program ini adalah salah satu program di bawah Persatuan Pendidikan Islam serta semua Panitia di bawah Bidang Pengajian Agama Islam.Program ini akan berlangsung selama dua hari di mana esok merupakan hari kemuncak dan majlis penutupan.Majlis petang ini adalah pertandingan membuat sepanduk diantara kelas.Apa yang menarik selain daripada semua kelas terlibat, syarat utama sepanduk yang dihasilkan adalah diwajibkan di dalam Bahasa Arab dan jawi sahaja.Manakala pada esok hari penceramah yang dijemput ialah Ustaz Mohd Riza Shah B. Shaharudin guru JQAF SK Iskandar Shah Parit juga merupakan bekas pelajar sekolah ini.Terima kasih kepada semua yang terlibat...
Selasa, 2 Mac 2010
SELAMAT MENDUDUKI UJIAN SELARAS 1
Info:
Ujian Selaras 1 telah pun bermula semalam iaitu 01/03/10 dan akan berlangsung sehingga 05/03/10 iaitu selama seminggu bagi menguji tahap pencapaian selama lebih kurang 2 bulan sesi persekolahan...kepada semua anak didik diucapkan semoga berjaya..buktikan anda boleh..
Jumaat, 26 Februari 2010
SALAM MAULIDURASUL : KENALI,CINTAI DAN TELADANI RASULULLAH

Buat semua anak-anak didik sekelian..Bersama kita kenali,cintai dan teladani Rasulullah..
Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
. Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN
. (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
Sempena ketibaan Maulidur Rasul marilah kita sama-sama menghayati maksud yang tersirat di dalam memperingati catatan kelahiran Nabi Muhammad saw. Tanda sayang dan cinta kita kepada Rasulullah saw adalah dengan berselawat ke atasnya, bukan hanya pada masa tertentu tapi perlulah dilazimi pada setiap masa juga mengikuti segala suruhan-suruhanya Moga kita beroleh rahmat Allah dan syafaat nabi di akhirat kelak nanti, insyaALLAH.AMEEN
Langgan:
Catatan (Atom)
