Selasa, 17 November 2009

PENUTUP PROGRAM MUDAHNYA SAINS...SENANGNYA MATEMATIK

HARAPAN SEMUA.....
Sijil penghargaan.............
Pn. Noorlailati salah seorang daripada guru pembimbing.................
BERSALAM...Saudara Salam sedang bersalaman dengan GPK 1 untuk menerima sijil....
HARAPAN
Info:
Pada jam 1.45 tgh tadi berlangsungnya program penutupan 'mudahnya sains senangnya matematik' untuk calon-calon SPM..program yang dianjurkan selama lebih dari sebulan ini adalah merupakan aktiviti bagi Bidang Sains dan Matematik yang diketuai oleh Pn. Nor Fazlila selaku ketua bidang..terima kasih kepada semua guru yang terlibat..Pn. Umil,Pn Noorlailati,Pn Siti Safura,Pn. Noraini,Pn.Faridah,Cik Fadzillah dan Cik Nurul Ain....diharapkan prestasi subjek sains dan matematik akan meningkat lagi pada tahun ini..

Jumaat, 13 November 2009

JAMUAN KELAS 2A

Antara yang tinggal...
Antara guru yang hadir membantu menghabiskan juadah...2 diantaranya masih bujang (yang lagi sorang cincin tunang jelas kelihatan..)
Wajah-wajah yang berjaya menghabiskan tomyam...

Info:
Sebentar tadi bermula 3.00 petang diadakan jamuan kelas 2A..jamuan diadakan dikantin sekolah..alhamdulillah saya sempat menghadirkan diri walaupun saya hadir agak lewat ...terima kasih kepada Pn. Faridah selaku guru kelas dan semua pelajar-pelajar kelas 2A..

PEMANTAUAN ASET ALIH KERAJAAN

Mesra...Tn. Hj Bahruddin selaku Penghulu sempat memberikan ucapan...
Berkongsi maklumat.......
Tn. Hj Abdul Rahman Penyelia Pen. Islam PPD Kerian...
Info:
Hari ini SABK Batang Padang menerima kunjungan pemantauan Aset Alih Kerajaan..4 orang pemantau terdiri daripada En. Mohd Azahar B. Abu Bakar dari SPI,JPN Perak,Ustaz Zulkifli B. Mastor PPD Larut Matang dan Selama,Tuan Hj. Abdul Rahman B. Abdul Hamid Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian dan Tuan Hj. Helmi B. Abdul Rahman Penyelia Kanan PPD Perak Tengah..bersama kunjungan tersebut Tn Hj. Bahruddin B. Sulaiman Penyelia PPD Batang Padang serta Tn. Hj Mohd Halim B. Musa Pegawai Khas Pen. Islam PPD Batang Padang..dan pada akhir sesi pemantauan kami semua sempat berkongsi maklumat di bilik mesyuarat...ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir dan memberikan komen yang cukup memberangsangkan..mudah-mudahan ianya sebagai pembakar semangat kepada warga SABK...

SEBELUM DAN SELEPAS


Info:
Selepas dan sebelum....ditukar bumbung....

UBAH ANGIN

Suasana pagi....di tempat baru..
Info:
Sebentar tadi perhimpunan khas diadakan bagi menyampaikan amanat, hampir semua guru terlibat menyampaikan pesanan dan harapan setelah pelajar-pelajar mengharungi peperiksaan akhir tahun bagi subjek akademik..amanat dan harapan juga buat bekalan semua pelajar kerana minggu hadapan pelajar akan menduduki peperiksaan Azhariah pula..dan apa yang menarik perhimpunan pagi ini telah diadakan di mini dataran berhampiran gerbang ilmu (Pusat Sumber)setelah sekian lama ianya diadakan di dataran utama, walaupun agak sempit tetapi mudah-mudahan perubahan yang dilakukan akan menambahkan keceriaan kepada semua..

Selasa, 10 November 2009

KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Pamplet yang diedarkan....
Jarang-jarang@kadang-kadang...muka penulis masuk blog...(t.ksih Pengetua tolong ambil gambar)
Antara aktiviti....
Tarikh:10/11/09
Masa:8.30 Pg-5.00Ptg
Tempat: Bilik Waja Bestari Bahagian Teknologi Pendidikan
Peserta :Semua Pengetua dan Pen. Kanan Pentadbiran Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Batang Padang.
Info:
Hari Ini semua pengetua dan Pen.Kanan Pentadbiran berkumpul di sini bagi menghadiri kursus pemantapan kepimpinan...segala maklumat akan dicatat sedikit masa lagi..

Jumaat, 6 November 2009

MAKING OF COKLAT

En. Azizi dari Syarikat Seri Ayu sedang menunjukkan tanda 'bagus' selepas makan coklat
TELAN AIR LIUR....Penonton telan air liur sepanjang demonstrasi buat coklat..
PUN SAMA.....Tidak ketinggalan guru-guru pun telan air liur jugak...(dari kanan Cik NorFadzilah,Cik Fadzilah,Pn. Faridah dan pengantin baru kita Pn. Rokiah)gambar belakang Pn. Amnah pejam mata sambil membayangkan sedang menikmati coklat percuma...
Antara coklat yang jadi penyebab semua hadirin telan air liur...
Waaa..yang ni khas untuk tempahan..pun penyebab semua yang melihat telan air liur..
Program : Aktiviti Pasca PMR
Tarikh:06/11/09
Masa:10.00 Pagi
Tempat :Dewan Utama SABK
Info:
Sekarang sedang berlangsung demonstrasi 'making of coklat' .Program kali ini mendedahkan kepada pelajar bagaimana membuat coklat.Pengetahuan dan pengalaman ini bagi menegaskan kepada pelajar supaya hanya memilih produk yang betul-betul diyakini halalnya serta menggalakkan pelajar yang berminat untuk menghasilkan produk yang diperlukan oleh umat islam.Untuk program ini pihak sekolah menjemput Syarikat Seri Ayu dari Hutan Melintang yang diketuai oleh En. Azizi.Terima kasih kepada Pn Rokiah serta guru-guru yang merancang aktiviti ini...kalau ada coklat lebih-lebih tu..bawak la kat ofis ni..