Rabu, 28 Oktober 2009

KUNJUNGAN MESRA PEGAWAI PPD

Mesra.....
Tarikh : 28/10/09
Hari:Rabu
Masa :12.00 Tghari
Tempat : Bilik Tuan Pengetua
Info :
Sebentar tadi Pegawai-pegawai PPD dari bahagian Pendidikan Islam Tuan Hj Muddakir dan Tuan Hj Abdul Halim telah berkunjung ke SABK bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan program Latihan Dalam Perkhidmatan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan terkini di SABK.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.

Isnin, 26 Oktober 2009

TAHNIAH!!! KITA MENANG KHAT ANTARABANGSA (MALAYSIA-JEPUN)

TAHNIAH!!..Peserta Khat bergambar kenangan bersama Tuan Pengetua Tn Hj Abdul Halim dan Pen Kanan HEM Puan Rodziah Bt Adam juga selaku guru pembimbing.
SIJIL......ada 4 penanda tangan..
Sijil...Bahasa Jepun pun ada..
Pengetua Bersama adik Mohd Zahirul Hisyam..
Pengetua bersama adik Noramirah Bt. Ramli
Pengetua bersama adik Mohd Zaim B. Mohd Salleh

TAJUK :PENYAMPAIAN HADIAH KHAT JALINAN ANTARABANGSA (MALAYSIA-JEPUN)
TARIKH :26/10/09
MASA :7.30 Pagi
TEMPAT :DATARAN PERHIMPUNAN
INFO:
Baru-baru ini tiga orang pelajar sekolah ini telah menyertai Pertandingan Khat Pertukaran Lukisan Pelajar Malaysia-Jepun,pertandingan ini dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Negeri Perak manakala penghakiman diadakan pada 5 Oktober 2009 yang lalu bertempat di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.Ketiga-tiga peserta sekolah berjaya mendapat tempat iaitu adik Mohd Zaim B. Mohd Salleh (Tempat Ke-2),Noramirah Bt. Ramli (Tempat Ke-3) dan Mohd Zahirul Hisyam (Saguhati )..Tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbing.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU BAHASA

Antara yang menerima hadiah
Suasana perhimpunan..
Pelajar putera dan puteri..
PROGRAM :MAJLIS PENUTUPAN MINGGU BAHASA 2009
TARIKH :36/10/09
MASA :7.30 Pagi
TEMPAT:DATARAN PERHIMPUNAN
INFO:
Pagi ini berlangsungnya Majlis Penutupan Minggu Bahasa 2009.Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua Tuan Hj Abdul Halim B. Yahya.Untuk tatapan semua,di sebelah (dibahagian slaid)semua foto-foto yang sempat dirakamkan..

Jumaat, 23 Oktober 2009

CASA IMPIAN

MENARIK....Jangan lupa Deko yang menarik..hasil daripada mem"foto" yang baik..(hehe he..)
SENI...Jangan lupa pilihan cat yang menarik..bertambah menarik jika mem"foto" dengan menarik..(hehe..he..)
SENI DI MANA-MANA...Jangan lupa sesuatu itu lebih menampakkan seni jika..insan-insan seni berada di mana-mana..(hehe..he..)
BERAT SAMA DIPIKUL..RINGAN SAMA DIJINJING...(oleh kerana berat kita angkat sama-sama..eh! kenapa tak pikul??.kan cikgu ajar berat kena pikul..)
LIHAT PELAJAR BERBAJU BIRU...Kami pun hairan kenapa dia seronok sangat angkat buku...

PROGRAM:DEKO-DEKO PUSAT SUMBER
TARIKH :23/10/09
MASA :11.15 PAGI
TEMPAT :PUSAT SUMBER
GURU PEMBIMBING DEKO :Ustaz Azri & Ustazah Noraini
INFO :
Kali ni semuanya pasal seni..penulis pun berbelit lidah dan bersimpul biawak mencari sudut-sudut seni..maklumlah program ini berkaitan dengan kesenian..tika ini selepas mengasah tangan berbengkel khat..pelajar lepasan PMR bersama guru pembimbing mencurahkan kemahiran dalam bidang hiasan dalaman pula..kali ini pelajar berkerjasama menghias dan menyusun atur bilik pusat sumber agar ianya lebih ceria...apa yang menarik ramai sangat yang nak jadi Eric..(Rancangan Deko Bersama Eric tu la..)apa pun tidak dinafikan semuanya berbakat...terima kasih kepada semua..tak sabar rasanya nak melihat wajah baru pusat sumber...nanti kita sama-sama sebut macam Eric.."SURPRISE!!!!"

PERTANDINGAN AKHIR BAHAS ALA PARLIMEN

PIHAK KERAJAAN...Nampak bersahaja......
PENJAGA MASA....pun bersahaja (takde masalah..tekan je loceng)
PENGIKUT SETIA DEWAN RAKYAT.......Pun tenang..(janji rakyat didahulukan..)
PEMBANGKANG...Matang dan tenang..
Aik!!!!Berrraaapa kali gambar kami keluar da.....(iyee..da..)

PROGRAM :PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT AKHIR
TEMPAT :Kelas Tingkatan 3A dan 3B
TARIKH :23/10/09
MASA:10.30 Pagi
INFO :
Pertandingan akhir Bahas Ala Parlimen yang berlangsung selama 3 hari berada dikemuncaknya iaitu pertandingan akhir yang berlangsung sebentar tadi.Ketika rakaman ini dimasukkan ke dalam bolg pertandingan belum berakhir maka pemenangnya belum diketahui..apa pun tahniah kepada semua kumpulan terutamanya kumpulan yang berjaya sampai keperingkat akhir..

BENGKEL KHAT BERSAMA GPK HEM

BIMBING..Seorang peserta sedang dibimbing GPK HEM..
ASAH PENSIL.....Peserta juga diajar mengasah pensil mengikut cara yang betul.
SEDANG MENDENGAR ARAHAN............
KONGSI KEMAHIRAN....
PROGRAM :BENGKEL KEMAHIRAN KHAT
PEMBIMBING/PENCERAMAH :PUAN RODZIAH BT. ADAM
TARIKH :23/10/09
MASA: 8.30 Pagi
TEMPAT :DEWAN
KUMPULAN SASAR :Tingkatan 3 (Program selepas PMR)
INFO :
Mengikut tentatif Program Bengkel Kemahiran Penulisan Khat berlangsung pada hari khamis(semalam) tetapi atas sebab-sebab tertentu program ini berjalan pada pagi ini..manakala program pengurusan jenazah telah pun berlangsung semalam..malangnya foto-foto kenangan tidak sempat dirakamkan kerana penulis yang mengendalikan program tersebut...(susah nak ambil gambar sendiri )ok..balik semula berkenaan program bengkel khat yang sedang berlangsung sekarang...alhamdulillah sebentar tadi penulis berkesempatan turut sama melihat gelagat peserta bengkel..di atas adalah foto-foto yang sempat dirakam.

Khamis, 22 Oktober 2009

BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT SEPARUH AKHIR

ZOOOM DARI MEJA HAKIM....
HAKIM... Antara guru yang menjadi hakim..pertandingan bahas di dalam kelas tingkatan 3
ANGGUN...Antara guru yang menjadi hakim pertandingan bahas di dalam dewan.
HEBAT...Gaya seorang pemidato...salah seorang peserta dari tingkatan 1
SEDIA....Peserta sidang dewan rakyat sedang bersedia memulakan perbahasan..


PROGRAM :PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU
TARIKH :22/010/09
MASA :3.00 Petang
TEMPAT: Dewan dan Kelas Tingkatan 3
PESERTA :Semua Tingkatan Terlibat
INFO :
Sebentar tadi bermulanya Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Peringkat separuh akhir,Peserta pertandingan ini terdiri daripada pelajar dari tingkatan 1 hingga 4.Terima kasih kepada guru-guru dan semua yang terlibat.