Jumaat, 30 April 2010
PELANCARAN PROGRAM MENTOR-MENTEE 2010
Cik Noor Atiqah Abdul Rahman juga merupakan guru kaunselor....menerima perlantikan sebagai Mentor.
INFO:
Alhamdulillah pagi tadi berlangsungnya pelancaran Program Mentor-Mentee 2010 yang dilancarkan oleh Tuan Pengetua.Program yang melibatkan 28 orang guru yang bertindak sebagai Mentor itu mempunyai 10 orang Mentee,program ini dijalankan mulai Mei hingga Ogos 2010..untuk gambar-gambar sekitar pelancaran sila layari facebook SABK Bidor..Semoga SABK Bidor terus Cemerlang.."MENTOR..Tunjuk Ajar Ku Cikgu.."
Khamis, 29 April 2010
BERSAMA TEAM SABK BIDOR
Pasukan Bola Tampar bersama Tuan Pengetua dan Jurulatih Tn. Hj Mohd Rafik B. Maarof
Pasukan Bola Jaring..bersahaja bersama jurulatih import dari Kelantan Pn. Zainun dan Cik Azlin.
Info:
Sebentar tadi satu sesi taklimat,amanat dan sesi bergambar diadakan kepada pasukan-pasukan yang akan mewakili sekolah pada pertandingan sukan anjuran JAIP..alhamdulillah tahun ini SABK Bidor turut dijemput untuk sama-sama menyertai pertandingan sukan sekolah-sekolah agama negeri (SMAN) dan sekolah Agama Rakyat (SAR) Negeri Perak yang akan berlangsung pada hari ahad ini iaitu 1 Mei 2010.Pada tahun ini SABK Bidor hanya menghantar 3 pasukan iaitu Bola Sepak,Bola Tampar dan Bola Jaring...Semoga SABK Bidor terus Cemerlang..
Isnin, 26 April 2010
Sabtu, 24 April 2010
SEKITAR PROGRAM KEM PEMANTAPAN SOLAT
Jumaat, 23 April 2010
BERKENALAN DENGAN PASUKAN KOMPANG SABK BIDOR
Pasukan Kompang SABK Bidor telah ditubuhkan pada awal tahun 2010,ia adalah cetusan dan idea dari tuan pengetua Tuan Hj Abdul Halim B. Yahya.Pembimbing bagi pasukan kompang ini adalah Cik Siti Rohani Bt Muai dan En. Syahrul Izwan B. Shahrom...apa yang menarik peserta kompang ini sememangnya berbakat sejak awal oleh itu..ahli-ahli yang mula-mula bergiat kini melatih pelapis-pelapis yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5..setakat ini hampir semua majlis peringkat sekolah pastinya dimeriahkan dengan paluan kompang pada pembukaan majlis..selain itu pasukan kompang ini juga telah dijemput di majlis-majlis kenduri perkahwinan sekitar kawasan ini..tahniah diucapkan...
Rabu, 21 April 2010
PROGRAM SELEMBAR KASIH SEGULUNG HARAPAN DAN PEMANTAPAN SOLAT
Insya Allah pada hari sabtu ini bersamaan 24/04/2010 dua program akan dijalankan serentak iaitu Program Motivasi Keibubapaan Selembar Kasih Segulung Harapan dan Program Pemantapan Solat.Bagi Program Motivasi Keibubapaan yang bertemakan Selembar Kasih Segulung Harapan ia adalah program kerjasama diantara PIBG dengan unit Bimbingan Kaunseling SABK Daerah Batang Padang..program kali ini melibatkan ibubapa penjaga,warga pendidik dan semua pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5..Manakala Program Pemantapan Solat ia di bawah program Panitia dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Islam,program ini melibatkan pelajar tingkatan satu... semoga SABK BIDOR terus CEMERLANG...
Sabtu, 17 April 2010
Khamis, 15 April 2010
SELAMAT DATANG KE MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AZHARIAH SABK DAERAH BATANG PADANG BIDOR
Semua ibubapa dijemput ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Azhariah 2009 pada tarikh dan ketentuan berikut:
Tarikh : 16/04/2010
Hari: Jumaat
Masa: 11.00 pagi
Tempat : Dewan Utama Sekolah.
Sekian Harap maklum..
Selasa, 13 April 2010
KEJAYAAN DI MSSD
1. Nur Athirah Bt. Zaiki(PINGAT PERAK-acara Lontar Peluru Perempuan bawah 15 tahun)
2. Faidi Syazmir B. Jamiluddin (PINGAT GANGSA-acara Lari 110m berpagar-Lelaki bawah 18 tahun)
3. Mohd Taufik B. Rozihadi (Tempat ke-10-Merentas Desa Lelaki bawah 15 tahun)
Tahniah untuk semua...
INFO SEMASA :MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AZHARIAH
MAJIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AZHARIAH
TARIKH: 16/04/2010
HARI :JUMAAT
MASA :11.00 Pagi
TEMPAT: Dewan Utama SABK Daerah Batang Padang
Insya Allah Majlis Anugerah Kecemerlangan Azhariah akan diadakan seperti yang dinyatakan di atas.Majlis ringkas ini adalah majlis bagi memberi semangat dan galakan serta mengiktiraf kejayaan pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan I'Dadi dan Thanawi 2009 yang diumumkan baru-baru ini.Majlis ini juga diserikan dengan Tazkirah Jumaat oleh AF Ustaz Khairul Basri Timbalan PTA Tapah.Ibubapa dan penjaga pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan majlis serta sama-sama memperolehi keberkatan dari Allah SWT...
Isnin, 12 April 2010
PROGRAM PENGHAYATAN AL-MA'THURAT BERSAMA JEMAAH SURAU TAMAN SERI BIDOR
INFO:
PROGRAM PENGHAYATAN MA'THURAT
BERSAMA WARGA JEMAAH SURAU TAMAN SERI BIDOR
Tempat :Surau diri Jumaat Taman Seri Bidor
Tarikh/Masa:11/04/2010 (5.30 pagi-7.30 pagi)
Muazzin : Mohd Aqasyah
Imam : Muhammad Nazirul Nazrin
Bacaan Ma'thurat : Arif Muizzuddin
Majlis dimulakan dengan solat subuh berjemaah dan diikuti dengan bacaan Ma'thurat ,program ini juga melibatkan seramai 20 orang Pelajar Asrama Putera,
.Terima kasih kepada semua terutama PIBG serta jemaah dan warga Taman Seri Bidor.
AKTIVITI HUJUNG MINGGU DI ASRAMA
Pertandingan Bola Sepak
Aktiviti ke-2 peringkat asrama putera selepas muhadharah, pertandingan bola sepak antara kumpulan usrah. Pertandingan ini diadakan selama 2 hari (sabtu & ahad). Juara pertandingan ini jatuh kepada KAKI BESI yang di ketuai oleh Muhammad Faqih dengan kutipan gol (3-1) mengalahkan JUVENTES FC.
Sekalung Penghargaan Buat Fazli & Fadhil Sebagai Biro Sukan Peringkat Asrama Yang Telah Menjalankan Program Dengan Jayanya. Serta Tidak Di lupakan Juga AJK Asrama Putera.
Gelagat Penonton
Sabtu, 10 April 2010
SELAMAT PENGANTIN BARU DILLAH-DAMANHURI
SAMA PADAN.....antara foto yang sama padan
BERSEMANGAT...Pasukan kompang SABK Daerah Batang Padang Bidor turut mencuri tumpuan..
Info: Alhamdulillah seorang lagi guru SABK Daerah Batang Padang Bidor masuk kelab makcik-makcik(maksud saya dah kahwin la..)tahniah diucapkan kepada Ustazah Fadzillah Adnan dan pasangannya Damanhuri..sama cantik sama padan...semoga berkekalan hingga akhir hayat...banyak gambar-gambar yang sempat dirakamkan tetapi apakan daya berkali-kali mencuba hanya tiga keping ini sahaja..insya allah gambar kandid akan saya cuba paparkan pada kesempatan yang lain...
Selasa, 6 April 2010
PELANCARAN KELAS ELITE
Info:
ISNIN- Pelancaran Kelas Elite telah dijalankan dengan rasminya mulai semalam..10 orang calon PMR dan 10 orang calon SPM telah terpilih..Kelas ini adalah sebahagian daripada Pelan Tektikal/tindakan bagi mencapai sasaran pencapaian PM dan SPM serta Azhariah pada tahun ini...Alhamdulillah,saya berkesempatan memberikan kata-kata semangat dan hala-tuju Kelas Elite kepada semua peserta...sama-samalah kita doakan mudah-mudahan segala yang dirancang akan membuahkan hasil..tahniah kepada pelajar yang terpilih..anda adalah sebahgian daripada penyumbang kecemerlangan sekolah.
Isnin, 5 April 2010
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AZHARIAH-SEJARAH TERCIPTA LAGI
CEMERLANG THANAWI...bersama Tuan Pengetua,Ustazah Aida,Ustazah Amnah dan Ustaz Zulmajdi.(sebahagian daripada guru-guru yang terlibat dalam subjek Azhariah..)
PELAJAR CEMERLANG I'DADI bersama Tuan Pengetua...
Info:
Sekalung tahniah kepada semua yang berjaya di dalam Peperiksaan Azhariah(I'Dadi dan Thanawi 2009)Keputusan terbaik sejak 2006..dua orang pelajar terbaik yang mendapat Mumtaz ialah Adik Nur Shahira Bt. Ahmad Razali (I;Dadi) dan Adik NurEzzati Bt Mohamad Idris (Thanawi)..bagi keseluruhan I'Dadi yang lain 8 orang mendapat Jayyid Jiddan dan 33 Jiyyid dan tiada yang gagal ..manakala Thanawi..hanya 4 orang yang gagal..apa pun sekali lagi diucapkan tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru yang terlibat secara lagsung atau tidak di dalam memartabatkan Aliran Azhariah di SABK khususnya SABK Daerah Batang Padang Bidor.
Jumaat, 2 April 2010
TAZKIRAH HARI INI
Tazkirah 1
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?” Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya”