Celaka dan Bahagia
Iblis itu celaka kerana 4 perkara , iaitu :
1. Tidak pernah mengakui dosa yang dilakukannya
2. Tidak pernah menyesal setelah melakukan perbuatan dosa
3. Tidak pernah punyai niat untuk bertaubat
4. Putus asa dari rahmat Allah
Sebaliknya, Nabi Adam a.s bahagia kerana 5 perkara iaitu ,
1. Mahu mengakui dosa yang pernah beliau buat
2. Menyesali dosa-dosanya
3. Mencela dirinya sendiri ( kerana melakukan sesuatu kesalahan )
4. Segera bertaubat ( setiap kali melakukan kesalahan )
5. Tidak putus asa dari rahmat Allah.
Nikmat Hidup
Hatim al-Ahsan mengatakan:Ada 4 perkara yang hakikatnya hanya boleh diketahui oleh 4 golongan yang pernah merasakannya, iaitu ;-
1. Masa muda tidak terasa nikmatnya, kecuali bagi mereka yang sudah tua
2. Keselamatan tidak terasa nikmatnya kecuali oleh mereka yang terkena musibah
3. Kesihatan badan tidak terasa nikmatnya, kecuali oleh mereka yang sedang jatuh sakit
4. Hidup ini tidak terasa nikmatnya, kecuali oleh mereka yang sudah mati..