Jumaat, 30 Julai 2010

SOLAT HAJAT DAN DHUHA





INFO:
Sebentar tadi seluruh warga Sabk Bidor sama-sama bersolat hajat dan dhuha sempena Peperiksaan Percubaan PMR,solat hajat ini juga khas untuk memberi sokongan kepada SPI seperti yang disarankan melalui surat yang diedarkan..Alhamdulillah kami di SABK Bidor dapat sama-sama bersolat hajat memohon kepada Allah S.W.T bukan sahaja pagi ini juga malam tadi selepas solat isyak..mudah-mudahan segala yang dihajati diperkenankan Allah s.w.t

SEKITAR AKTIVITI BULAN BAHASA INGGERIS



ALBUM HARI ANTI DADAH



Khamis, 29 Julai 2010

AKTIVITI HARI INI KHAMIS-29 JULAI 2010

INFO:
Aktiviti/Pertandingan hari ini sempena Bulan Bahasa Inggeris

1. Debat Ala Parlimen antara Tingkatan
Masa : 3.30-5.00 Petang
Tempat : Ruang Legar Kantin

2. Kuiz Bonanza
Masa : 3.30-5.00 Petang
Tempat : Bilik Tayangan

Rabu, 28 Julai 2010

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

INFO:
Insya Allah Program Peningkatan Akademik Fasa 2(Program selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun)akan diteruskan,antara yang terkini:

1. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SEJARAH SPM
TARIKH : 29 JULAI 2010
HARI : KHAMIS
TEMPAT : BILIK TAYANGAN.
* Bengkel dan teknik menjawab melibatkan semua mata pelajaran SPM dan PMR akan disusun oleh Setiausaha Jawatankuasa Peningkatan Akademik (Cik Noor Atiqah Abdul Rahman Guru kaunselor dan Panita Mata pelajaran,Program dijalankan mulai Jun hingga Oktober)

2. PROJEK LATIH-TUBI Semua mata pelajaran SPM dan PMR
3. PROJEK SOLAR 2 (MATEMATIK,SAINS,SEJARAH,BAHASA INGGERIS)
4. KELAS ELITE- Pengukuhan
5. KELAS ZERO TO HERO-Kelas HALUS
6. PROGRAM BAHASA ARAB-Mukhayyam dan Tahbibullugah
7. Klinik (Semua mata pelajaran Kritikal)
8. Mentor-Mentee (setiap Isnin)

Hanya Program-program utama yang dapat dipaparkan.Harap Maklum...

Isnin, 26 Julai 2010

PROGRAM SAMBUTAN NISFU SYA'BAN

INFO:

Insya allah sempena Nisfu Sya'ban kali ini berbagai aktiviti kerohanian akan diadakan seperti jadual berikut:

1. Semua pelajar dan warga SABK Bidor digalakkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Selasa.
2. Bacaan Yasin selepas solat Maghrib (Malam Nisfu Sya'ban)
3. Qiamullail-Dipimpin Oleh Ustaz Raof B. Sanib dari SMK Trolak Selatan(Bekas Pelajar SABK BIdor)
4. Ceramah Umum esok 27 Julai 3.30 petang -Disampaikan Oleh Ustazah Nor Azian Bt Zaini dari SMK Hamid Khan
5. Jamuan Berbuka Puasa.

Khamis, 22 Julai 2010

SEKITAR AKTIVITI PROGRAM ANTI DADAH





INFO:
Hari ini merupakan hari ke-2 Program Anti Dadah..diantara aktiviti hari ini ialah pertandingan melukis poster,pertandingan sajak,explorase dan sketsa.

Khamis, 15 Julai 2010

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ DAN PENYAMPAIAN BANTUAN ZAKAT

INFO:
Insya Allah esok satu lagi program Sambutan Hari Kebesaran Islam sempena memperingati Israk dan Mikraj junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W akan diadakan diperingkat sekolah seperti ketetapan berikut:

PROGRAM : CERAMAH ISRAK MIKRAJ DAN PENYAMPAIAN BANTUAN ZAKAT
PENCERAMAH : AF TN. HJ KHAIRUL NIZAM B. HJ. MAT NOR (PEGAWAI TADBIR AGAMA ISLAM DAERAH TAPAH)
TEMPAT :SURAU AN-NUR (SURAU SABK DAERAH BTG PADANG BIDOR)
MASA : 10.00 PAGI-12.30 TGH.

Semua Ibubapa/penjaga yang berdekatan dijemput hadir.

Selasa, 13 Julai 2010

PROGRAM-PROGRAM SEMASA SEPANJANG JULAI INI

INFO:


1.BENGKEL DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN UNTUK PMR DAN SPM

i) 12 JULAI 2010 (ISNIN)-BAHASA MELAYU
ii) 13 JULAI 2010 (SELASA)-MATEMATIK
iii)19 JULAI 2010 (ISNIN)-SEJARAH
IV) 20 JULAI 2010 (SELASA)- BAHASA ARAB
V) 26 JULAI 2101 (ISNIN)-PENDIDIKAN ISLAM
VI) 27 JULAI 2010 (SELASA)-BAHASA INGGERIS

MASA : 3.30 -5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN UTAMA

*PENCERAMAH ADALAH TERDIRI DARIPADA GURU PAKAR/CEMERLANG DAN BERPENGALAMAN DALAM BIDANG/MATA PELAJARAN BERKAITAN DARI SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR DAERAH BATANG PADANG.

2. CERAMAH ISRAK MIKRAJ DAN PENYAMPAIAN ZAKAT
TARIKH : 16 JULAI 2010
HARI :JUMAAT
MASA :10.00 PAGI
TEMPAT :SURAU AN-NUR (SURAU SABK DAERAH BTG PADANG)

3.PROGRAM KEMPEN ANTI DADAH DAN ROKOK 21-23 JULAI 2010

SEKITAR PELANCARAN PROGRAM PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 12 JULAI 2010



Pengetua sedang beraksi dlm gimik Pelancaran Program Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah.




INFO:

Majlis Pelancaran Program Kempen Gaya Hidup Sihat Tanpa Dadah dan Rokok telah berlangsung dengan jayanya pada perhimpunan mingguan semalam(Isnin 12 Julai)Pelbagai acara bagi mengisi program mulai hari ini hingga 23 Julai,antaranya ialah Pameran,Ceramah,Pertandingan Melukis Poster,Explorase,Sketsa,Puisi dan Kuiz..sila layari facebook sekolah untuk info selengkapnya.


Isnin, 12 Julai 2010

PELANCARAN PROGRAM KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT TANPA DADAH DAN ROKOK

INFO:
Alhamdulillah sebentar tadi Pelancaran Kempen Gaya Hidup Sihat Tanpa Dadah dan Rokok dengan rasminya dilancarkan oleh Tuan Pengetua.Tn Hj Abdul Halim B. Yahya.Pelbagai aktiviti yang telah dirancang antaranya ialah pada Pameran dan Ceramah yang akan diadakan pada hari rabu 21 Julai,manakala pada 22 Julai ini akan diadakan pertandingan Melukis Poster,Pertandingan Explorase,Pertandingan Sketsa,Pertandingan Puisi dan Kuiz.Acara kemuncak iaitu majlis penutup akan diadakan pada hari Jumaat 23 Julai...gambar-gambar sekitar pelancaran dan sepanjang program insya allah akan menyusul kemudian....bersama kita membenteras dadah dan rokok.

Jumaat, 2 Julai 2010

SEKITAR HARI INTERAKSI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010


Info:
Mungkin masalah talian,hanya dua keping foto yang boleh dimuatkan buat masa ini..harap maaf untuk lebih banyak foto-foto sila layari Facebook SABK Bidor...