Sabtu, 26 Jun 2010

HARI INTERAKSI

INFO:

Insya Allah HARI INTERAKSI akan diadakan pd Hari JUMAAT 2/07/2010 mulai jam 10.00 pg hingga 12.15tgh..Kpd ibubapa/penjaga Pelajar2 SABK Daerah Btg Padang dijemput hadir bagi menandatangani laporan peperiksaan pertengahan tahun serta bertukar-tukar pandangan berkaitan prestasi anak-anak terutama di dalam pelajaran..sekian Harap Maklum..

Ahad, 20 Jun 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH



Info:
Selamat kembali ke sekolah buat semua rakan-rakan pendidik,staf-staf,anak didik serta semua warga SABK Bidor.

Sabtu, 12 Jun 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU USTAZAH NURUL NADIA DAN SUAMI

Info:
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Ustazah Nurul Nadia Bt. Abdul Halim dan pasangannya yang telah melangsungkan perkahwinannya pada hari ini sabtu 12/06/10...seluruh warga SABK Bidor mendoakan semoga ikatan perkahwinan ini diberkati Allah dan kekal buat selamanya....

Jumaat, 4 Jun 2010

SELAMAT BERCUTI


Info:

Selamat bercuti kepada semua warga SABK Bidor, kepada pelajar-pelajar gunakan masa cuti anda sebaik mungkin dengan mengulangkaji dan berkhidmat untuk ibu dan ayah..buat teman-teman mohon maaf sekiranya ada terlanjur kata insya allah kita jumpa lagi..dan teman-teman yang kena berkursus macam biasa moga selamat dan dipermudahkan..dan staf-staf yang tidak cuti-cuti diucapkan selamat bertugas...dan tidak lupa Ustazah kita yang akan melangsungkan perkahwinan Ustazah Nurul Nadia ..selamat pengantin baru...

Rabu, 2 Jun 2010

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA


Sebahagian daripada cenderamata..

Info:
Baru-baru ini Program Usahawan Muda (PUM) SABK Bidor telah menyertai Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Perak kali yang ke-14.Majlis tersebut diadakan pada 31 Mei 2010 bertempat di Dewan Persidangan Perak Techno Trade Center Perak Darul Ridzuan dan dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP),Institut Keusahawanan Negera (INSKEN) dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN).Hanya 15 sekolah sahaja yang bertanding...apa yang menariknya SABK BIDOR adalah satu-satunya Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang menyertainya sejak sekian lamanya.Namun begitu pada tahun ini sekolah ini hanya mendapat saguhati sahaja..Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat..insya allah saya akan cuba paparkan Jawatankuasa PUM SABK Bidor pada masa yang akan datang..

Selasa, 1 Jun 2010

KENANGAN 2008-PROGRAM MOTIVASI PMR & SPM





Info:
Sebagai memenuhi permintaan terutamanya bekas-bekas pelajar sesi tahun 2007-2008 di sini saya paparkan sedikit gambar-gambar kenangan,kali ini saya berkesempatan memaparkan kenangan sekitar program motivasi SPM dan PMR yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Tapah..Untuk lebih banyak gambar-gambar yang lain sila layari Facebook sekolah..Terima kasih..