Isnin, 29 Mac 2010

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM KEPEMIMPINAN PENGAWAS 2010

CERIA..Kehadiran tetamu-tetamu jemputan diiringi paluan kompang dari pelajar-pelajar SABK.
KENANGAN..Peserta lelaki sempat merakamkan kenangan bersama guru-guru.
Sebahagian dari peserta perempuan dan guru-guru..

INFO:
Alhamdulillah tepat jam 1 tengahari semalam majlis perasmian Penutupan Program Kepemimpinan Pengawas 2010 telah pun berlangsung dengan jayanya.Majlis Penutupan tersebut dirasmikan Oleh En. Mohamad Fauzi Bin Hj. Siron Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid PPD Batang Padang..turut hadir pada masjis tersebut ialah Tn. Hj Abdul Halim Bin Musa Pegawai Khas JQAF,En. Adnan B. Rafiai YDP PIBG Sabk Daerah Batang Padang.Sekalung ucapan terima kasih kepada En. Mohd Isa dan Rakan-rakan selaku pengendali/penceramah sepanjang program..juga terima kasih kepada semua yang terlibat..secara langsung atau tidak..Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala usaha dan pengorbanan anda semua..terima kasih.(Gambar-gambar sepanjang program masih tidak berjaya disiarkan atas sebab-sebab talian internet)

Sabtu, 27 Mac 2010

PROGRAM KEPEMIMPINAN PENGAWAS SESI 2010



Program :Program Kepemimpinan Pengawas sesi 2010
Tempat: Pusat Kecemerlangan Sukan Tapah
Tarikh :26-28 Mac 2010
Peserta :54 Orang

Info:
Sejak petang semalam suasana di Pusat Kecemerlangan Sukan Tapah begitu meriah dengan kehadiran para peserta yang di bawa dengan menaiki van dan kereta persendirian..pada sebelah malamnya suasana menjadi lebih meriah dengan kehadiran Tuan pengetua Tn Hj Abdul Halim ,GPK HEM Pn. Rodziah Adam,guru-guru bidang Pn Zainun (masing-masing membawa keluarga)Ustaz Zulmajdi (sejak petang lagi)Cik Nor Fadilah,Cik Tohirah,Cik Azlin, Cik Nadia dan Ustaz Rafik..kami cukup tertarik apabila melihat para peserta bersyarah,berpantun dan memberikan ucapan secara spontan sebelum makan malam..(bagus juga taktik macam tu)..tapi sayang seribu kali sayang..sejak jam 10 pagi tadi saya masih tak berjaya memuat turun gambar-gambar sepanjang aktiviti semalam..internet slow sangat...

Rabu, 24 Mac 2010

MESYUARAT/BENGKEL PENYELARASAN HEADCOUNT DAN ANALISIS SPM 2009

Alhamdulillah sebentar tadi saya telah menghadiri Mesyuarat/bengkel Penyelarasan Headcount dan analisis SPM 2009..berikut adalah info menarik berkaitan mesyuarat.(Mesyuarat sepatutnya dihadiri bersama oleh Pengetua tetapi beliau telah mengikuti kursus anjuran BPI di Pulau Pinang)

Tempat :Bilik Mesyuarat SMK Hamid Khan Tapah
Masa :2.00 petang

Info:
1.SABK Daerah Batang Padang adalah salah satu dari dua buah sekolah yang mencatat 100% lulus selain dari SMKA Slim River.
2.Gred Purata Sekolah (GPS) sekolah adalah 6.30 iaitu tempat ke 11 dari 21 buah sekolah di daerah Batang Padang..dan tempat ke 155 daripada 233 buah sekolah di negeri Perak.
3.Bagi Peringkat Daerah mata pelajaran Bahasa Melayu SABK Daerah Batang Padang mendapat tempat ke-2 manakala peringkat negeri tempat ke-32.

Selasa, 23 Mac 2010

TAZKIRAH



MAKLUMAN UNTUK SEMUA

iNFO:
SABK Daerah Batang Padang Bidor sekarang di Facebook..sila kunjungi dan sama-sama kita berkongsi maklumat dan info..

CATATAN SEBELUM CUTI

Info:
Kunjungan Tuan PPD..Khamis 11/03/10 lebih kurang jam 4.15 petang kami dikejutkan dengan kehadiran Tuan Hj Mat Noh Bin Supaat..beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana menjadi salah sebuah daripada sekolah di daerah Batang Padang yang berjaya mencatat 100% kelulusan Bahasa Melayu di dalam peperiksaan SPM baru-baru ini..sebelum itu pihak sekolah juga menerima ucapan tahniah melalui panggilan telefon (lebih kurang jam 10.10 pg)dari En Abdul Rahim Bin Abdul Majid Pen PPD..
Info:
Saya dan Pengetua Tn Hj Abdul Halim B. Yahya berkesempatan berbincang berkaitan hasil lawatan penanda aras yang telah saya ikuti pada 6 hingga 8 Mac 2010...

Jumaat, 12 Mac 2010

SELAMAT BERCUTI



Selamat bercuti kepada semua...sebelum itu tidak lupa diucapkan tahniah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang berjaya dalam SPM yang lalu...mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk up date terutama berkaitan keputusan SPM...apa pun kepada semua SELAMAT BERCUTI dan SELAMAT BERKULIAH kepada rakan-rakan yang menyambung pembelajaran...

Selasa, 9 Mac 2010

KEMUNCAK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 6 MAC 2010

Tanda ingatan dari pihak sekolah......

Penceramah Jemputan Ustaz Riza Shah...bekas pelajar yang kini bertugas sebagai guru...Khusyuk dengar ceramah.....
Antara sepanduk yang dihasilkan....
Lain-lain 'Sepanduk' .....
Antara 'Sepanduk' yang dipamerkan....
Berhimpun di asrama putera....
Berselawat di padang sekolah.............
Ingat anak agaknya Ustazah Umil ni.....apa pun syabas semua guru yela sabtu pun kena datang sekolah...
Sepanduk pilihan.....
Bersalawat
Sepanduk unik....
Hasil karya tingkatan 2....
Ustaz Shahrul dengan Healer dan plastik merahnya....
Info:
Sabtu 6/3/10 acara kemuncak sambutan Maulidur Rasul...malangnya saya tidak berkesempatan meraikannya bersama kerana mengikuti lawatan penanda aras bersama PPD di Terengganu...apa pun saya percaya kemeriahan tetap dapat dirasakan...mudah-mudahan kita semakin akrab dengan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW...terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya guru-guru yang bertungkus lumus menanamkan semangat cintakan Rasulullah buat anak didik sekelian...terima kasih juga kepada semua anak-anak didik..

Jumaat, 5 Mac 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2010

Buku aturcara program....
Pn. Zainun sedang memberi taklimat berkaitan pertandingan membina sepanduk.
Antara yang menjadi tumpuan lensa...
Aksi yang sempat dirakamkan....
Info:
Sebentar tadi bermulanya Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi tahun 2010..Program ini adalah salah satu program di bawah Persatuan Pendidikan Islam serta semua Panitia di bawah Bidang Pengajian Agama Islam.Program ini akan berlangsung selama dua hari di mana esok merupakan hari kemuncak dan majlis penutupan.Majlis petang ini adalah pertandingan membuat sepanduk diantara kelas.Apa yang menarik selain daripada semua kelas terlibat, syarat utama sepanduk yang dihasilkan adalah diwajibkan di dalam Bahasa Arab dan jawi sahaja.Manakala pada esok hari penceramah yang dijemput ialah Ustaz Mohd Riza Shah B. Shaharudin guru JQAF SK Iskandar Shah Parit juga merupakan bekas pelajar sekolah ini.Terima kasih kepada semua yang terlibat...

Selasa, 2 Mac 2010

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN SELARAS 1




Info:
Ujian Selaras 1 telah pun bermula semalam iaitu 01/03/10 dan akan berlangsung sehingga 05/03/10 iaitu selama seminggu bagi menguji tahap pencapaian selama lebih kurang 2 bulan sesi persekolahan...kepada semua anak didik diucapkan semoga berjaya..buktikan anda boleh..