Selasa, 29 Disember 2009

MAKLUMAN

Talian telefon dan faks sekolah mengalami gangguan akibat daripada kecurian kabel TM di kawasan ini.Gangguan ini dijangka akan pulih dalam masa sebulan atau 26.01.2010...jika ada sebarang maklumat atau pertanyaan sila emailkan melalui alamat email sekolah iaitu sabkpdg@yahoo.com.my atau boleh hubungi pengetua (Tn Hj Abdul Halim)ditalian 012-5963653,Penolong Kanan Pentadbiran 017-5363503 atau datang sendiri ke pejabat...
Kami memohon maaf di atas kesulitan tersebut..

Jumaat, 11 Disember 2009

TERKINI DI SINI

Keadaan dalam dewan kita sekarang.......
Lorong laluan...kini telah dijadikan sebahagian dari dewan....


Tarikh: 11/12/2009
Hari: Jumaat
Info: Mulai minggu lepas, Isnin(7/12/09) Dewan Utama sekolah memulakan proses baik pulih..projek ini dijangka siap sebelum sesi persekolahan tahun hadapan...kepada semua anak-didik yang sedang bercuti di sini saya lampirkan 3 keping gambar Dewan kita yang sedang dibaik pulih ..segala peristiwa dan program-program yang selama ini diadakan di dewan lama tersebut segalanya kita simpan dalam kenangan....mudah-mudahan wajah baru dewan kita nanti juga akan mencatatkan kenangan dan kejayaan selaras dengan impian kita bagi mencapai Visi sekolah...


SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA ANAK-DIDIK SEMUA....JANGAN LUPA..CURAHKAN SEGALA TENAGA DAN JASA KEPADA KELUARGA...LEBIH-LEBIH LAGI SEPANJANG CUTI INI..