Jumaat, 20 November 2009

SELAMAT..SELAMAT..SELAMAT...



SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT CIK ROPIDAH

SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA ANAK DIDIK.....



SELAMAT KEMBALI KE IPGM BUAT TEMAN-TEMAN....





SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.....

MOHON MAAF SALAH DAN SILAP....PANJANG UMUR JUMPA LAGI....

Khamis, 19 November 2009

JADUAL...JADUAL...JADUAL..


Info.
Selama 2 hari jawatankuasa jadual waktu..jawatankuasa yang paling tidak popular kerana sentiasa panas..terdiri daripada Pn. Zainun,Pn Rokiah dan Cik Fadzilah bertungkus lumus menyusun agihan subjek bagi sesi 2010..terima kasih kepada jawatankuasa jadual kerana sentiasa sabar menghadapi segala-galannya....allah sahaja yang dapat membalas jasa anda semua...

MISI 2010

SANTAI...Mesyuarat dalam keadaan santai walaupun membincangkan perkara serius..(cadangan...akan datang kita mesyuarat di hotel)
Antara staf yang membantu pentadbiran dan pengurusan sekolah.............

6 orang sahaja lelaki...campur penulis....


En. Mohd Rafik..antara guru senior...




Info:
Baru-baru ini (17/11/09) pengurusan SABK Daerah Btg Padang telah mengadakan mesyuarat khas bagi merancang Misi 2010 (ketika itu pelajar sedang menghadapi peperiksaan Azhariah)dalam mesyuarat tersebut semua unit (Unit Kurikulum,Unit HEM dan Unit Ko-Ku)membentangkan agihan tugas dan misi masing-masing..pelbagai idea dapat dikumpulkan..terima kasih kepada semua yang menyumbangkan idea bagi peningkatan semua aspek di bawah nama SABK Daerah Btg Padang...juga terima kasih kepada guru Projek rangsangan Cik Rusihdah dan Cik Nurul Ain (Guru ganti) serta pasukannya kerana menguruskan aktiviti pelajar tingkatan satu yang tidak terlibat dalam peperiksaan....



GBS KE PULAU PINANG???!!!!!

Anggota GBS musim baru........pose istimewa dari CIK Rusihdah dan CIK Nurul Nadiah..masing-masing masih CIK
JANGAN BEREBUT....bagi kaum yang lemah dahulu.....


TAK NAK BANGUN....Bas sampai dalam 6.30 pg...sanggup tak bangun dari kerusi takut diambil orang...


Separa Cik dan Puan...Cik Ropidah....antara pengarah GBS..(Bulan 12 bergelar isteri kepada suami..ha haha kahwin la tu)


Info:
GBS ke Pulau Pinang????!!!Siapa GBS..??Geng Bas Sekolah..walaupun sekarang semua warga pelajar se Malaysia menghitung hari untuk bercuti panjang tetapi bagi pelajar lepasan PMR SABK Daerah Btg Padang mungkin merupakan hari yang paling bermakna bagi mereka,ini kerana mereka semua dibawa makan angin (lawatan sambil belajar)ke Pulau Pinang...rombongan bertolak sebentar tadi dalam pukul 7.15 pagi..mudah-mudahan semuanya selamat sepanjang perjalanan....




Rabu, 18 November 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AZHARIAH DAN SPM



Info:
Buat semua anak didik..kami warga SABK Daerah Batang Padang mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Azhariah iaitu I'Dadi dan Thanawi sepanjang minggu ini bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 4 juga kepada pelajar tingkatan 5 yang mula mengambil peperiksaan SPM mulai hari ini..semoga kejayaan milik kita semua....

Selasa, 17 November 2009

PENUTUP PROGRAM MUDAHNYA SAINS...SENANGNYA MATEMATIK

HARAPAN SEMUA.....
Sijil penghargaan.............
Pn. Noorlailati salah seorang daripada guru pembimbing.................
BERSALAM...Saudara Salam sedang bersalaman dengan GPK 1 untuk menerima sijil....
HARAPAN
Info:
Pada jam 1.45 tgh tadi berlangsungnya program penutupan 'mudahnya sains senangnya matematik' untuk calon-calon SPM..program yang dianjurkan selama lebih dari sebulan ini adalah merupakan aktiviti bagi Bidang Sains dan Matematik yang diketuai oleh Pn. Nor Fazlila selaku ketua bidang..terima kasih kepada semua guru yang terlibat..Pn. Umil,Pn Noorlailati,Pn Siti Safura,Pn. Noraini,Pn.Faridah,Cik Fadzillah dan Cik Nurul Ain....diharapkan prestasi subjek sains dan matematik akan meningkat lagi pada tahun ini..

Jumaat, 13 November 2009

JAMUAN KELAS 2A

Antara yang tinggal...
Antara guru yang hadir membantu menghabiskan juadah...2 diantaranya masih bujang (yang lagi sorang cincin tunang jelas kelihatan..)
Wajah-wajah yang berjaya menghabiskan tomyam...

Info:
Sebentar tadi bermula 3.00 petang diadakan jamuan kelas 2A..jamuan diadakan dikantin sekolah..alhamdulillah saya sempat menghadirkan diri walaupun saya hadir agak lewat ...terima kasih kepada Pn. Faridah selaku guru kelas dan semua pelajar-pelajar kelas 2A..

PEMANTAUAN ASET ALIH KERAJAAN

Mesra...Tn. Hj Bahruddin selaku Penghulu sempat memberikan ucapan...
Berkongsi maklumat.......
Tn. Hj Abdul Rahman Penyelia Pen. Islam PPD Kerian...
Info:
Hari ini SABK Batang Padang menerima kunjungan pemantauan Aset Alih Kerajaan..4 orang pemantau terdiri daripada En. Mohd Azahar B. Abu Bakar dari SPI,JPN Perak,Ustaz Zulkifli B. Mastor PPD Larut Matang dan Selama,Tuan Hj. Abdul Rahman B. Abdul Hamid Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian dan Tuan Hj. Helmi B. Abdul Rahman Penyelia Kanan PPD Perak Tengah..bersama kunjungan tersebut Tn Hj. Bahruddin B. Sulaiman Penyelia PPD Batang Padang serta Tn. Hj Mohd Halim B. Musa Pegawai Khas Pen. Islam PPD Batang Padang..dan pada akhir sesi pemantauan kami semua sempat berkongsi maklumat di bilik mesyuarat...ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir dan memberikan komen yang cukup memberangsangkan..mudah-mudahan ianya sebagai pembakar semangat kepada warga SABK...

SEBELUM DAN SELEPAS


Info:
Selepas dan sebelum....ditukar bumbung....

UBAH ANGIN

Suasana pagi....di tempat baru..
Info:
Sebentar tadi perhimpunan khas diadakan bagi menyampaikan amanat, hampir semua guru terlibat menyampaikan pesanan dan harapan setelah pelajar-pelajar mengharungi peperiksaan akhir tahun bagi subjek akademik..amanat dan harapan juga buat bekalan semua pelajar kerana minggu hadapan pelajar akan menduduki peperiksaan Azhariah pula..dan apa yang menarik perhimpunan pagi ini telah diadakan di mini dataran berhampiran gerbang ilmu (Pusat Sumber)setelah sekian lama ianya diadakan di dataran utama, walaupun agak sempit tetapi mudah-mudahan perubahan yang dilakukan akan menambahkan keceriaan kepada semua..

Selasa, 10 November 2009

KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Pamplet yang diedarkan....
Jarang-jarang@kadang-kadang...muka penulis masuk blog...(t.ksih Pengetua tolong ambil gambar)
Antara aktiviti....
Tarikh:10/11/09
Masa:8.30 Pg-5.00Ptg
Tempat: Bilik Waja Bestari Bahagian Teknologi Pendidikan
Peserta :Semua Pengetua dan Pen. Kanan Pentadbiran Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Batang Padang.
Info:
Hari Ini semua pengetua dan Pen.Kanan Pentadbiran berkumpul di sini bagi menghadiri kursus pemantapan kepimpinan...segala maklumat akan dicatat sedikit masa lagi..

Jumaat, 6 November 2009

MAKING OF COKLAT

En. Azizi dari Syarikat Seri Ayu sedang menunjukkan tanda 'bagus' selepas makan coklat
TELAN AIR LIUR....Penonton telan air liur sepanjang demonstrasi buat coklat..
PUN SAMA.....Tidak ketinggalan guru-guru pun telan air liur jugak...(dari kanan Cik NorFadzilah,Cik Fadzilah,Pn. Faridah dan pengantin baru kita Pn. Rokiah)gambar belakang Pn. Amnah pejam mata sambil membayangkan sedang menikmati coklat percuma...
Antara coklat yang jadi penyebab semua hadirin telan air liur...
Waaa..yang ni khas untuk tempahan..pun penyebab semua yang melihat telan air liur..
Program : Aktiviti Pasca PMR
Tarikh:06/11/09
Masa:10.00 Pagi
Tempat :Dewan Utama SABK
Info:
Sekarang sedang berlangsung demonstrasi 'making of coklat' .Program kali ini mendedahkan kepada pelajar bagaimana membuat coklat.Pengetahuan dan pengalaman ini bagi menegaskan kepada pelajar supaya hanya memilih produk yang betul-betul diyakini halalnya serta menggalakkan pelajar yang berminat untuk menghasilkan produk yang diperlukan oleh umat islam.Untuk program ini pihak sekolah menjemput Syarikat Seri Ayu dari Hutan Melintang yang diketuai oleh En. Azizi.Terima kasih kepada Pn Rokiah serta guru-guru yang merancang aktiviti ini...kalau ada coklat lebih-lebih tu..bawak la kat ofis ni..

SEKITAR PROGRAM LADAP SEMALAM

KENANGAN...Tn.Hj Abdul Halim B. Yahya selaku pengetua menyampaikan cenderamata kepada Tn. Hj Mudakir B. Masron sebagai tanda kenang-kenangan.
Tn. Hj Mudakir B. Masron ketika menyampaikan ceramah..
Slot dari Tn. Pengetua...
Suasana di Bilik Tayangan..
INFO:
Alhamdulillah..semalam program Latihan Dalam Perkidmatan atau LADAP peringkat sekolah telah pun berlangsung dengan jayanya.. antara penceramah yang mengisi slot ialah Tn. Hj Mohd Rafik B. Maaruf,Tn. Hj Abdul Halim B. Yahya dan penceramah utama Tn. Hj Mudakir B. Masron Pegawai Khas Pendidikan Islam PPD Batang Padang...terima kasih kepada semua yang terlibat..