Sabtu, 31 Oktober 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Kad jemputan yang dihantar kepada kami....

Info:
Hari ini dan esok (Sabtu dan Ahad) tamatlah zaman bujang 2 orang bekas pelajar sekolah ini yang kini bertugas sebagai guru.Salah seorang darinya Ustazah Rokiah Bt. Mohd Yunos (kenduri hari ahad) guru sekolah ini (SABK Daerah Batang Padang )dan Ustazah Roziah Bt. Wazir (kenduri hari sabtu)bertugas di salah sebuah sekolah(SABK) di Taiping ...kami semua bekas-bekas guru dan rakan-rakan pendidik di sini mengucapkan Selamat Pengantin Baru semoga berbahagia selalu...

Khamis, 29 Oktober 2009

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN HARI KOMUNITI 2009

MENJAMU SELERA....Tetamu-tetamu khas menjamu selera di 'bilik santapan'
ANTARA TETAMU KHAS DAN JEMPUTAN......

SAMBUTAN HANGAT.......



Tarikh :29/10/2009
Masa :4.30 Ptg-6.00 Ptg
Tempat:Dewan SABK Daerah Btg Padang Bidor
Info:
Alhamdulillah lebih kurang pukul 6 petang tadi tamatlah sudah program Hari Komuniti peringkat sekolah yang julung-julung kalinya dianjurkan setelah bernaung di bawah SABK..majlis petang tadi dirasmikan olehEn. Abdul Razak B. Hj. Salleh Penyelia Ko-kurikulum..turut hadir Tuan Hj Bahruddin B. Sulaiman Penyelia Kanan Pendidikan Islam juga selaku Penghulu SABK serta En. Zainuddin B. Salim Pegawai Ko-Kurikulum PPD Batang Padang.. majlis juga dimeriahkan dengan pameran dari badan-badan kerajaan seperti Bomba Bidor,Penjara Tapah,Tabung Haji, Rakan Muda,Kementerian Kesihatan,Rakan Cop dan Agensi Dadah Kebangsaanj(AADK) ..terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa serta masyarakat sekitar kawasan,guru-guru dan staf,terutamanya Unit Ko-Kurikulum yang diketuai oleh Cik Siti Rohani Bt Muaai..juga kepada semua pelajar ..insya allah dilain kesempatan kita jumpa lagi..kepada semua..tengok-tengok la slide di sebelah..foto-foto yang sempat dirakamkan mohon maaf jika tiada gambar anda kerana slide cuma boleh muat 50 gambar sahaja..

TERKINI (3.50 PTG)

DJ JEMPUTAN KHAS DARI JOHOR FM...(atau baca jauh hoo FM)Ustaz Hailisam selaku DJ satu-satunya guru dari Johor..sempat meluangkan masa walaupun beliau baru pulang dari berkursus..
PASANG JANGAN TAK PASANG...Antara pertandingan yang diadakan 'Pasang dan lipat balik Khemah'
TERUJA TENGOK BOMBA....Ahmad Shahrul Hadi seronok sangat tengok bomba(gambar abahnya tak ada ..ganti Hadi la..)
TURUT TERUJA.....
Terkini 3.50 ptg.. sebentar lagi acara penutup..jumpa lagi..

TERKINI HARI KOMUNITI (12.30 TGH)

Pertandingan kawad di dataran kejat
Puteri Islam pun mengambil bahagian...
Warga SABK sedang menjamu selera
Antara gerai-gerai jualan....
INFO TERKINI (SETAKAT 12.30 THG)
Sebentar tadi berlangsungnya Pertandingan perbarisan,gerai jualan dan pertandingan chess..malangnya gambar-gambar perbarisan tidak sempat dirakamkan..kerana penulis menguruskan kewangan untuk sumbangan ibubapa dan pelajar..jam 12.31 tgh kami semua makan tengahari..insya allah kita sambung lagi petang nanti..

HARI KOMUNITI 2009 (GAMBAR SETAKAT 11.30 PAGI)

LATIHAN KEBAKARAN...
SEMPAT MENCUBA....
ANTARA GELAGAT PELAJAR
LAGI....
DAN LAGI....

Tarikh : 29/10/09
Masa :11.00 Pagi- 5.00 Petang
Tempat :SABK Daerah Btg Padang Bidor
Dirasmikan : Tn. Hj Bahruddin B. Sulaiman
Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Btg Padang.
Info :
Hari ini merupakan julung-julung kalinya sekolah ini mengadakan Hari Komuniti..gambar-gambar sekitar program insya Allah akan disiarkan dari masa ke semasa.. dan akan disiarkan sepenuhnya melalui slaide secepat yang mungkin.

Rabu, 28 Oktober 2009

FAKTA -FAKTA MENARIK DAN UNIK DI SABK DAERAH BATANG PADANG

MENARIK DAN UNIK GURU-GURU DAN STAF

1. 2 ORANG FADZILAH
Cik Fadzilah Adnan /Cik Norfadzilah Abdul Rahim

2. 2 ORANG FARIDAH
Pn.Faridah Shari /Pn.Norparidah Abdul Aziz

3. 3 ORANG NURUL
Cik Nurul Ain /Cik Nurul Nadia/Pn.Nurul Hidayah

4. NAMA MULA 'NOR'
Pn.Norlailati/Cik NorAtiqah/Pn.Noraini/Pn.NorFazlila/Pn.Norparidah/Cik NorFadilah/Cik NorZuraida

5. MULA "MOHAMMAD'
En. Mohammad Rafik/En.Mohammad Azri /En.Mohammad Hailisam

6. 2 ORANG 'SITI'
Cik Siti Rohani/Pn.Siti Safura

7.2 ORANG 'BIN @ BINTI SERUPA' AYAH LAIN-LAIN
Pn.Aida Soraya Bt. Yusof/Pn.Noraini Bt. Yusop
En.Zulmajdi B. Abdul Rohim/Cik NorFadilah Bt. Abdul Rahim
Cik Rusihdah Bt. Yunos/Cik.Rokiah Bt. Yunos

8. 4 ORANG BEKAS PELAJAR SEKARANG GURU DI SINI
En.Zulmajdi/En.Mohamad Azri/En.Syahrul/Cik.Rokiah

9. KENDERAAN SERUPA
MYVI
En.Hailisam/Pn.Aida Soraya/ Cik Ropidah/Pn.Aznol Huda/Cik NurZuraida/Cik Nurul Hidayah

VIVA
Tn. Hj Abdul Halim/Pn.Rokiah/Cik Siti Rohani

KANCIL
Pn. Norlailati/Pn.Rodziah

GEN-2
En. Zulmajdi/Pn.Noraini/Cik Azlin

KERETA WARNA HITAM
En. Azri/Pn.Aznol Huda/Cik Nurul Nadiah/Pn. Rodziah

PALING MENARIK
Tayar kereta semua hitam...

10.ASAL KELANTAN
Pn.Zainun/Pn. Amnah/Cik Rushidah

11.DARI BESOUT & KULAAN
En.Mohd Azri/En.Zulmajdi/En.Shamsul

13.DARI PARIT
Cik Ropidah/Cik NorAtiqah/Cik Nurul Ain

14. DUA NAMA
Pn. Zainun Bt Daud @Pn. Marina Bt Daud(Orang yang sama)

15.PASANGAN SUAMI/ISTERI
En.Syahrul Izwan/Pn.Norfazlila
En.Shamsulrizal/Pn.Norparidah

16. LAHIR BULAN 1
Pn.Rodziah/Cik Azlin/Pn.Faridah/Cik Atiqah/Pn.Rokiah/Pn.Zainun/Pn.Aznol Huda

17. MACAM FILEM 3 ABDUL
Cik Ropidah/Pn.Faridah/Pn.NorParidah/Cik Rushidah/Pn.Saodah/Pn.Sofiah/Pn.Hidayah/Pn.Amnah/Pn.Umil Khasanah/Pn.Rodziah




Insya Allah lain masa kita kongsi fakta yang menarik dan unik pelajar-pelajar pula...
Kepada teman-teman jika ada fakta tambahan jangan lupa sampaikan..

KUNJUNGAN MESRA PEGAWAI PPD

Mesra.....
Tarikh : 28/10/09
Hari:Rabu
Masa :12.00 Tghari
Tempat : Bilik Tuan Pengetua
Info :
Sebentar tadi Pegawai-pegawai PPD dari bahagian Pendidikan Islam Tuan Hj Muddakir dan Tuan Hj Abdul Halim telah berkunjung ke SABK bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan program Latihan Dalam Perkhidmatan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan terkini di SABK.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.

Isnin, 26 Oktober 2009

TAHNIAH!!! KITA MENANG KHAT ANTARABANGSA (MALAYSIA-JEPUN)

TAHNIAH!!..Peserta Khat bergambar kenangan bersama Tuan Pengetua Tn Hj Abdul Halim dan Pen Kanan HEM Puan Rodziah Bt Adam juga selaku guru pembimbing.
SIJIL......ada 4 penanda tangan..
Sijil...Bahasa Jepun pun ada..
Pengetua Bersama adik Mohd Zahirul Hisyam..
Pengetua bersama adik Noramirah Bt. Ramli
Pengetua bersama adik Mohd Zaim B. Mohd Salleh

TAJUK :PENYAMPAIAN HADIAH KHAT JALINAN ANTARABANGSA (MALAYSIA-JEPUN)
TARIKH :26/10/09
MASA :7.30 Pagi
TEMPAT :DATARAN PERHIMPUNAN
INFO:
Baru-baru ini tiga orang pelajar sekolah ini telah menyertai Pertandingan Khat Pertukaran Lukisan Pelajar Malaysia-Jepun,pertandingan ini dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Negeri Perak manakala penghakiman diadakan pada 5 Oktober 2009 yang lalu bertempat di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.Ketiga-tiga peserta sekolah berjaya mendapat tempat iaitu adik Mohd Zaim B. Mohd Salleh (Tempat Ke-2),Noramirah Bt. Ramli (Tempat Ke-3) dan Mohd Zahirul Hisyam (Saguhati )..Tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbing.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU BAHASA

Antara yang menerima hadiah
Suasana perhimpunan..
Pelajar putera dan puteri..
PROGRAM :MAJLIS PENUTUPAN MINGGU BAHASA 2009
TARIKH :36/10/09
MASA :7.30 Pagi
TEMPAT:DATARAN PERHIMPUNAN
INFO:
Pagi ini berlangsungnya Majlis Penutupan Minggu Bahasa 2009.Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua Tuan Hj Abdul Halim B. Yahya.Untuk tatapan semua,di sebelah (dibahagian slaid)semua foto-foto yang sempat dirakamkan..

Jumaat, 23 Oktober 2009

CASA IMPIAN

MENARIK....Jangan lupa Deko yang menarik..hasil daripada mem"foto" yang baik..(hehe he..)
SENI...Jangan lupa pilihan cat yang menarik..bertambah menarik jika mem"foto" dengan menarik..(hehe..he..)
SENI DI MANA-MANA...Jangan lupa sesuatu itu lebih menampakkan seni jika..insan-insan seni berada di mana-mana..(hehe..he..)
BERAT SAMA DIPIKUL..RINGAN SAMA DIJINJING...(oleh kerana berat kita angkat sama-sama..eh! kenapa tak pikul??.kan cikgu ajar berat kena pikul..)
LIHAT PELAJAR BERBAJU BIRU...Kami pun hairan kenapa dia seronok sangat angkat buku...

PROGRAM:DEKO-DEKO PUSAT SUMBER
TARIKH :23/10/09
MASA :11.15 PAGI
TEMPAT :PUSAT SUMBER
GURU PEMBIMBING DEKO :Ustaz Azri & Ustazah Noraini
INFO :
Kali ni semuanya pasal seni..penulis pun berbelit lidah dan bersimpul biawak mencari sudut-sudut seni..maklumlah program ini berkaitan dengan kesenian..tika ini selepas mengasah tangan berbengkel khat..pelajar lepasan PMR bersama guru pembimbing mencurahkan kemahiran dalam bidang hiasan dalaman pula..kali ini pelajar berkerjasama menghias dan menyusun atur bilik pusat sumber agar ianya lebih ceria...apa yang menarik ramai sangat yang nak jadi Eric..(Rancangan Deko Bersama Eric tu la..)apa pun tidak dinafikan semuanya berbakat...terima kasih kepada semua..tak sabar rasanya nak melihat wajah baru pusat sumber...nanti kita sama-sama sebut macam Eric.."SURPRISE!!!!"

PERTANDINGAN AKHIR BAHAS ALA PARLIMEN

PIHAK KERAJAAN...Nampak bersahaja......
PENJAGA MASA....pun bersahaja (takde masalah..tekan je loceng)
PENGIKUT SETIA DEWAN RAKYAT.......Pun tenang..(janji rakyat didahulukan..)
PEMBANGKANG...Matang dan tenang..
Aik!!!!Berrraaapa kali gambar kami keluar da.....(iyee..da..)

PROGRAM :PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT AKHIR
TEMPAT :Kelas Tingkatan 3A dan 3B
TARIKH :23/10/09
MASA:10.30 Pagi
INFO :
Pertandingan akhir Bahas Ala Parlimen yang berlangsung selama 3 hari berada dikemuncaknya iaitu pertandingan akhir yang berlangsung sebentar tadi.Ketika rakaman ini dimasukkan ke dalam bolg pertandingan belum berakhir maka pemenangnya belum diketahui..apa pun tahniah kepada semua kumpulan terutamanya kumpulan yang berjaya sampai keperingkat akhir..

BENGKEL KHAT BERSAMA GPK HEM

BIMBING..Seorang peserta sedang dibimbing GPK HEM..
ASAH PENSIL.....Peserta juga diajar mengasah pensil mengikut cara yang betul.
SEDANG MENDENGAR ARAHAN............
KONGSI KEMAHIRAN....
PROGRAM :BENGKEL KEMAHIRAN KHAT
PEMBIMBING/PENCERAMAH :PUAN RODZIAH BT. ADAM
TARIKH :23/10/09
MASA: 8.30 Pagi
TEMPAT :DEWAN
KUMPULAN SASAR :Tingkatan 3 (Program selepas PMR)
INFO :
Mengikut tentatif Program Bengkel Kemahiran Penulisan Khat berlangsung pada hari khamis(semalam) tetapi atas sebab-sebab tertentu program ini berjalan pada pagi ini..manakala program pengurusan jenazah telah pun berlangsung semalam..malangnya foto-foto kenangan tidak sempat dirakamkan kerana penulis yang mengendalikan program tersebut...(susah nak ambil gambar sendiri )ok..balik semula berkenaan program bengkel khat yang sedang berlangsung sekarang...alhamdulillah sebentar tadi penulis berkesempatan turut sama melihat gelagat peserta bengkel..di atas adalah foto-foto yang sempat dirakam.

Khamis, 22 Oktober 2009

BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT SEPARUH AKHIR

ZOOOM DARI MEJA HAKIM....
HAKIM... Antara guru yang menjadi hakim..pertandingan bahas di dalam kelas tingkatan 3
ANGGUN...Antara guru yang menjadi hakim pertandingan bahas di dalam dewan.
HEBAT...Gaya seorang pemidato...salah seorang peserta dari tingkatan 1
SEDIA....Peserta sidang dewan rakyat sedang bersedia memulakan perbahasan..


PROGRAM :PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU
TARIKH :22/010/09
MASA :3.00 Petang
TEMPAT: Dewan dan Kelas Tingkatan 3
PESERTA :Semua Tingkatan Terlibat
INFO :
Sebentar tadi bermulanya Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Peringkat separuh akhir,Peserta pertandingan ini terdiri daripada pelajar dari tingkatan 1 hingga 4.Terima kasih kepada guru-guru dan semua yang terlibat.