Selasa, 28 Julai 2009

Isnin, 27 Julai 2009

PENGUMUMAN PENTING!!!!

TAKLIMAT....Pn. Rodziah Adam Pen. Kanan HEM sedang memberi taklimat berkaitan wabak H1N1 di kantin sekolah...
TOPENG...Pelajar ditunjukkan cara menggunakan topeng mulut....
SERIUS...Taklimat dari En. Arul dari Hospital Tapah.
NOTIS...Sebahagian dari Notis arahan penutupan dari Kementerian Kesihatan dipaparkan disekitar kawasan sekolah
Kepada ibubapa/penjaga pelajar,sebentar tadi jam 2 petang atas arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia sekolah ini diarahkan tutup selama seminggu mulai hari ini 28/07/09 hingga 02/08/09.Ini berikutan daripada wabak H1N1 atau selesema babi dikhuatiri merebak disekitar kawasan ini....salinan notis juga diberikan kepada pelajar sebagai rujukan untuk ibubapa/penjaga...
Sama-samalah kita berdoa agar segala musibah atau ujian ini akan dapat dibendung...dan semua warga SABK Daerah Batang Padang mendapat lindungan dari Allah s.w.t.

Khamis, 23 Julai 2009

PROGRAM-PROGRAM HARI INI

BERBARIS....Para peserta sedia memasuki dewan....
BERHIMPUN...
SOKONGAN...Gelagat guru-guru pengiring sempat memberi sokongan sehingga ke pintu dewan...
KUDAPAN DI BILIK MESYUARAT....
LAYANNNN..Kak Nun kita sedang melayan tetamu...
KUDAPAN....Mohon maaf kudapan ala kadar kepada guru-guru pengiring sementara menunggu kuiz bermula..
DIMEJA PENDAFTARAN...Antara yang sempat dirakamkan pagi-pagi ni....
TERIMA KASIH....Antara yang membantu...
PERTAMA... SMK BUYONG ADIL TAPAH...antara yang pertama mendaftarkan diri...
"JARANG-JARANG" atau "KADANG-KADANG" kata P.Ramlee...pelajar bukan melayu datang ke SABK BIDOR ni...
Pagi ini 23/07/09 (Khamis)satu lagi aktiviti yang akan berlangsung di sekolah ini iaitu Pertandingan Kuiz Sejarah Patriotisme Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Batang Padang...Pertandingan akan berlangsung mulai 9.00 pagi...dan majlis penutupan pada jam 12 tengahari oleh EN. KHAMDAN ISHKANDAR yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada SABK DAERAH BATANG PADANG BIDOR..sebanyak 22 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini..dimana setiap sekolah menghantar 4 orang wakil pelajar..nampaknya meriah la sekolah kita hari ni....terima kasih kepada semua guru-guru dan pelajar yang bertungkus lumus sejak petang semalam menyiapkan keperluan untuk program ini...SELAMAT DATANG kepada yang hadir...MOHON MAAF segala kekurangan....TERIMA KASIH juga kepada semua terutama kepada PPD kerana memberi kepercayaan menjadikan SABK DAERAH BATANG PADANG sebagai TUAN RUMAH....

Dan Insya Allah jam 3.00-5.00 petang ini satu lagi Program Kecemerlangan Akademik untuk PMR akan di adakan di Dewan sekolah ini...iaitu untuk subjek Bahasa Inggeris, penceramah jemputan yang akan membimbing pelajar ialah PUAN MUHYIJJAH BT MUHYI dari SMK CHENDERIANG....


Isnin, 20 Julai 2009

PEPERIKSAAN PRA PMR 1

GIGIH....saat-saat yang sempat dirakamkan....Sebentar tadi subjek Bahasa Arab
TEKUN......Mak ayah dan guru-guru....tolong doakan kami....

Mulai hari ini hingga 25/07/09 calon-calon PMR sekali lagi diuji dengan Peperiksaan PRA PMR 1...ini merupakan salah satu program kecemerlangan yang dirancang bagi meningkatkan kualiti pencapaian PMR SABK Daerah Batang Padang dan selaras dengan hasrat PPD agar peningkatan pencapaian PMR pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun terdahulu...insya Allah sama-sama kita doakan agar anak-anak didik ini berjaya seperti yang diharapkan atau tidak mustahil satu lonjakan yang luar biasa akan berlaku...insya Allah....

Jumaat, 17 Julai 2009

HARI INTERAKSI










Alhamdulillah sebentar tadi selesailah sudah hari interaksi pelajar....terima kasih kepada ibubapa yang sudi menghadirkan diri walaupun hari ini merupakan hari bekerja...alhamdulillah juga kehadiran ibupaba amat-amat menggalakkan..mohon maaf sekiranya ada cacat cela sepanjang program ini....berikut adalah sedikit gambat-gambar yang sempat di rakamkan....

CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ

Alhamdulillah....sebentar tadi dalam pukul 7.30-9.00 pagi satu program ceramah Israq dan Mikraj telah diadakan di surau An-Nur SABK Daerah Batang Padang Bidor..

Penceramah undangan ialah AF Ustaz Ibrahim Istar seorang tokoh ulama dari Temoh..yang cukup terkenal di daerah ini..

beliau memang tidak asing bagi pelajar dan guru-guru di sini kerana beliau cukup komited terhadap sekolah jika dijemput..ceramah loghat perak menjadi 'trademark' b
eliau cukup menarik minat semua..

salah seorang anak beliau Nor Atiqah merupakan bekas pelajar terbaik SPM dan Thanawi sekolah ini bagi tahun 2008..

kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini
diucapkan ribuan terima kasih.

Buat Ustaz Ibrahim Istar..terima kasih banyak-banyak
lain kali insya Allah boleh datang lagi....




PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.
Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
Sebelum Israk dan MikrajRasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas MikrajRasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1).








SEMOGA KITA SEMUA MENGAMBIL IKTIBAR DARI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ INI...DAN JANGAN LUPA PERBANYAKKAN SELAWAT KEPADA NABI JUNJUNGAN KITA
NABI MUHAMMAD SAW.....





































Khamis, 16 Julai 2009

JAMUAN PERPISAHAN USTAZ NASRUL

Bab makan...
Pose istimewa dari Ustaz Nasrul (berbaju batik kuning...)
Hidangan istimewa...tembikai masak merah....


Nasi Ayam pun jadi la.....

Sebentar tadi dalam pukul 11 pagi kami warga SABK Batang Padang mengadakan majlis perpisahan Ustaz Nasrul .Ustaz Nasrul berkhidmat di sini selama lebih kurang dua bulan bagi menggantikan Ustazah Norfazlila yang cuti bersalin.Walaupun dua bulan beliau di sini tetapi kami seronok dapat berkongsi cerita dan mudah-mudahan beliau mendapat sedikit sebanyak pengalaman di sini.Sebak jugak la tadi...dan satu lagi sebelum ini Ustazah Nurain juga telah menamatkan perkhidmatannya sebagai guru ganti kepada Ustazah Faridah....tapi malang tak sempat nak bergambar... apa pun kami warga SABK Batang Padang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Nasrul dan Ustazah Nurain....




PROGRAM TEKNIK MENJAWAB BAHASA ARAB PMR



KHUSYUK.....Gambar sekitar Program Teknik menjawab Bahasa Arab PMR yang diadakan pada 14/07/09 (Selasa) 3.00-5.00 petang.Program diadakan di dewan sekolah.
Terima kasih kepada penceramah Ustaz Shamsuddin dari SMKA Slim River.

Isnin, 13 Julai 2009

LAPORAN AKTIVITI

Antara aktiviti yang telah/sedang dan akan dilaksanakan sepanjang bulan JULAI :

UNTUK PELAJAR.
1. BENGKEL/TEKNIK MENJAWAB BAHASA ARAB PMR (14 JULAI 2009)
2. PERTANDINGAN KUIZ PERINGKAT DAERAH (23 JULAI 2009)
3. BENGKEL/TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU PMR (08 JULAI 2009)
4. BENGKEL/TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN ISLAM PMR(01 JULAI 2009)
5. BENGKEL/TEKNIK MENJAWAB SEJARAH PMR (27 JULAI 2009)
6. BENGKEL/TEKNIK MENJAWAB KHB (29 JULAI 2009)

GURU.
1. KURSUS LDP PENGURUSAN SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN ONLINE-SEKOLAH
2. TAKLIMAT PENGURUSAN TATACARA DISIPLIN-SEKOLAH
3. TAKLIMAT PROGRAM NILAM-SEKOLAH
4. PROGRAM EDUWEBTV 2009 - SEKOLAH
5. KURSUS PENGURUSAN FAIL -ANJURAN PPD

Terima kasih kepada semua yang terlibat...kepada rakan-rakan dan anak didik bersedialah untuk program-program selain yang telah dirancang..demi untuk menambahkan lagi ilmu didada....

HARI INTERAKSI PELAJAR

Adalah dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan Program Hari Interaksi Pelajar bagi peperiksaan pertengahan tahun 2009.Program tersebut akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

TARIKH :17 JULAI 2009 (JUMAAT)
MASA :9.00-12.00 Tghri
TEMPAT :MENGIKUT KELAS MASING-MASING

Pihak sekolah dengan ini mengharapkan agar tuan/puan,ibubapa/penjaga dapat menghadirkan diri bagi menjayakan program tersebut.

Kehadiran tuan/puan adalah amat-amat dialukan bagi mengetahui dan berbincang tentang perkembangan terkini prestasi pelajaran anak-anak.

AKTIVITI HUJUNG MINGGU PELAJAR ASPURA

Lepas gotong royong......
Pemandangan dari aras 3.....

Angkut....


Senyum....(gambar atas)Bob dan Ardian dari tingkatan 4 sempat memberi senyuman...
(Gambar bawah)....kemas bilik stor...


Antara aktiviti pelajar aspura yang sempat dirakam pada ahad yang lepas...7.30-10-30 pagi -gotong royong




Rabu, 1 Julai 2009

RENUNGAN UNTUK ANAK-ANAK DIDIK TERSAYANG

IMAM SYAFI’E DENGAN PENDEBAT

Pada suatu hari, seorang lelaki pendebat datang bertemu Imam Syafie lalu tertanya, “Mengapakah Iblis diciptakan daripada api dan kemudian dia diseksa pula dengan api?”
Imam Syafie berfikir sejenak. Kemudian Imam Shafie mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkannya kepada lelaki itu. Lalu, ternampak tanda-tanda kesakitan dan marah pada air muka lelaki itu.
Apabila melihat keadaan sedemikian, Imam Syafie bertanya kepada lelaki itu, “Adakah kamu sakit?” Lelaki itu menjawab, “Ya! Saya sakit.”
Lantas Imam Syafie pun berkata, “Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah, dan engkau juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.”
Lelaki itu terdiam tidak menjawab, tetapi dia telah faham dengan maksud kata-kata Imam Syafie; Begitulah jua keadaan Iblis : dia diciptakan Allah daripada api dan dia juga akan diseksa dengan api.


HADIAH TERBAIK DAN TERBURUK

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan: “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing iru.
Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. “Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?” tanya ibu tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab: “Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”
Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.