Ahad, 28 Jun 2009

KEM MOTIVASI PELAJAR ANJURAN BERSAMA IMTIAZ

TEKUN...pelajar sedang tekun mendengar penerangan dari penceramah.





USUNG RAKAN....Antara akttiviti yang dijalankan...

SEMANGAT....Bantu membantu dalam kumpulan..


PEMBENTANGAN......Aktiviti wajib kem motivasi...


LAYAN.......Layanan istemewa dari ustaz...

SENYUM......Antara aktiviti sampingan...


MERENTAS AIR TERJUN.........

BERSEMANGAT....Pelajar Asrama SABK Btg Padang Bidor bersemangat waja bagi menjalankan aktiviti Program kem motivasi anjuran pihak sekolah bersama IMTIAZ sebuah pertubuhan motivasi dari Negeri Sembilan..sabtu dan ahad di Tapak Perkelahan Kuala Woh Tapah.





















PELANCARAN PROGRAM SMART JAWI







BERSEMANGAT......Antara sedutan gambar-gambar yang sempat diambil sekitar pelancaran Program Minggu Smart Jawi 22 hingga 26hb JUN 2009.Seramai 90 orang pelajar kumpulan pertama mengikuti program yang telah dibahagikan sebanyak 9 kumpulan ini.Program di jalankan setiap hari mulai 3.30-4.45 ptg.
Antara guru yang teribat
1. Ustazah Rodziah Bt Adam
2. Ustazah Rokiah Bt Yunos
3. Ustaz Zulmajdi B. Abdul Rohim
4. Ustaz Mohd Azri B. Mohd Noor
5. Ustaz Syahrul Izwan B. Shahrom
6. Ustaz Mohd Rafik B. Maaruf
7. Ustaz Shamsulrizal B. Sabran
8. Ustazah Nurul Nadia Bt. Abdul Halim
9. Ustazah Aida Soraya Bt. Yusof
10. Ustazah NurulHidayah Bt Nuruddin
11. Ustazah Amnah Bt Abu Bakar.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini










Selasa, 23 Jun 2009

MUTIARA KATA HARI INI..

UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN....
BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR...
TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA....
-IMAM AL GHAZALI-

TAHNIAH PERSATUAN PUTERI ISLAM SABK BTG PADANG

Guru-guru pembimbing...beserta penyelia..Semua bujang kecuali (pertam- sebelah kiri)
Salah seorang Peserta Kuiz..

Cik Fadzillah Bt Adnan serikandi yang masih bujang...


Peserta Nasyid...



Persatuan Puteri Islam sekolah telah berjaya memenangi 2 daripada 5 acara yang dipertandingkan bagi Peringkat Daerah yang berlangsung di SK Seri Tapah pada 20/6/09 sabtu yang lalu...
Acara yang di menangi...
1 Nasyid-JOHAN
2. Kuiz - Ke-2
Tahniah kepada peserta dan guru-guru pembimbing....
1. Cik Rokiah Bt Yunos
2. Cik Fadzillah Bt Adnan
3. Cik Noor Atiqah Bt. Abd Rahman
4. Pn Rodziah Bt Adam
5. Pn Aida Soraya Bt Yusof
6. Pn Amnah Bt. Abu Bakar
7. Pn Nurul Hidayah Bt Nuruddin
Guru-guru pengiring pun..terima kasih jugak...



Khamis, 18 Jun 2009

TAZKIRAH HARI INI

Tujuh Kalimah
Sabda Rasulullah S.A.W" Barang siapa hafal tujuh kalimat, iaterpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat sertadiampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buihlaut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Rabu, 17 Jun 2009

SUASANA DI OFIS





Terima Kasih....Staf Sokongan Pn. Nor Faridah Bt Abdul Aziz(PT Pentadbiran),Pn Aznol Huda Bt Abdul Rani (PT Kewangan) dan Cik Nor Zuraida Bt Salim (Penyelia Asrama)


Isnin, 15 Jun 2009

TERIMA KASIH PENGETUA..

SANTAI....Pengetua Tn.Hj Abdul Halim sempat meluangkan masa melayari blog..Terima kasih Pengetua walaupun sibuk sudi menjenguk buat seketika...

RENUNGAN

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Jumaat, 12 Jun 2009

Antara aktiviti..aktiviti????!!!




Sambutan Hari Guru 2009
















Kenangan bersama Ustazah Suraya


Ustazah Suraya(Guru Kaunselor) duduk 3 dari kanan,2 dari kanan penggantinya Cik NoorAtiqah dari Parit..sekampung dengan Ustazah Ropidah..(Pidah dah ada gang..cakap parit memanjang)
2. KURIKULUM / KO-KURIKULUM.

4.1. Secara umumnya sistem pendidikan sekolah ini mempunyi dua aliran iaitu akademik dan agama.
4.2. Sukatan pelajaran akademik adalah mengikut sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan dan sukatan pelajaran agama/arab mengikut Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
4.3. Sukatan pelajaran yang disediakan adalah khusus bagi pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan berikut:
i) Penilaian Menengah Rendah (PMR)
ii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
iii) Sijil Pelajaran i’Dadi(Tingkatan 2)
iv) Sijil Pelajaran Thanawi (Tingkatan 4)

FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di SABK Daerah Btg Padang Bidor adalah merupakan usaha berterusan ke arah melahirkan insan soleh yang bersepadu,beriman beramal dan bertaqwa berdasarkan petunjuk Al Quran dan Al Sunnah serta menggarapkan potensi individu ke arah penghayatan Islam dengan penuh tanggungjawab ke arah kesejahteraan dan kebaikan (Hasanah) di dunia dan akhirat sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam bagi mencapai keredhaan AllahAzzawajalla.


OBJEKTIF PENUBUHAN SEKOLAH


Memberi pendidikan Islam kepada masyarakat
Menyampaikan pengajaran Bahasa Arab kepada pelajar bagi tujuan memahami Al Quran dan Al Hadis dan ajaran agama Islam keseluruhannya.
Memberikan pelajaran akademik kepada pelajar sesuai dengan tamadun dunia sekarang.
Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi pengetahuan agama dan akademik sekaligus merealisasikan matlamat pendidikan negara.


VISI SEKOLAH

SABK Daerah Btg Padang Bidor akan menjadi sekolah cemerlang pada tahun 2015.



MISI SEKOLAH

Memberikan pendidikan kepada pelajar ke arah penerapan budaya cemerlang untuk melahirkan golongan cendikiawan beriman,berilmu dan beramal selaras dengan tuntutan Al Quran dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pendidikan Islam.



MOTO SEKOLAH

’BERILMU BERAMAL’

Maklumat Penubuhan dan Sejarah Awal Sekolah

MAKLUMAT SEKOLAH

1. PENGENALAN

1.1 Sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat(SAR)dan kini dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) mulai tahun 2006.

1.2 Pengasas sekolah ini ialah Al-Fadhil Tuan Kadhi Tapah Ustaz Mohd Zain B. Abdul Rahman dan Tuan Haji Wan Abdullah B. Wan Salleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Tapah beserta beberapa orang pemimpin tempatan.

1.3 Sekolah ini mula beroperasi secara rasminya pada tahun 1990 dan telah pun didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak dengan No: pendaftaran JUPK/SAR/4/90.


2. OBJEKTIF PENUBUHAN

2.1 Meninggikan dan mengembangkan syiar islam

2.2 Melahirkan pelajar yang berilmu,bertakwa dan beramal serta berkemampuan mensejahterakan diri,keluarga, masyarakat dan negara.

2.3 Mewujudkan sistem pendidikan islam yang dapat menepati dan memenuhi kehendak dan keperluan ilmu masakini.

2.4 Menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah bagi mewujudkan sebuah agama di daerah Tapah.


3. SISTEM PERSEKOLAHAN.

3.1 Sistem persekolahan disekolah ini adalah sama dengan sistem persekolahan sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan.

3.2 Sesi Pengajian ialah mulai 7.30 pagi hingga 3.50 petang.

3.3 Hari pelepasan adalah pada hari Ahad.

3Jejaka 3persamaan..dari Besout..kulaan...hehe Hensem..


Selamat datang kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini...insya Allah saya akan paparkan serba sedikit maklumat tentang sekolah ini..ha nak tau saya?? tengokla antara yang 3 orang tu la saya...